Hubungan sesama rakan sekerja perlu kekal profesional agar tidak menimbulkan konflik pada masa akan datang. -Gambar hiasan AI
DALAM dunia pekerjaan, hubungan profesional antara rakan sekerja sering kali menuntut komunikasi yang kerap. Namun batas pergaulan perlu dijaga, lebih-lebih lagi apabila melibatkan individu yang sudah berumah tangga. Di laman Threads, seorang wanita meluahkan rasa buntu apabila terbaca perbualan antara suaminya dengan rakan sekerja wanita yang masih bujang yang disifatkan terlalu peribadi.Menurut pengadu, wanita tersebut sering kali menjadikan suaminya sebagai tempat mengadu dan berkongsi kisah cinta termasuk pengalaman keluar janji temu (dating).Setiap individu perlu menjaga batas sesama rakan sekerja. -Gambar hiasan AI"Awak okey tak kalau rakan sekerja suami awak, seorang wanita bujang suka kongsi kisah cintanya dengan suami awak? Contohnya apabila pergi dating, dia akan cerita."Kemudian asyik tanya macam mana nak pikat lelaki idaman," kongsi wanita tersebut. Menurut pengadu lagi, suaminya merupakan ketua jabatan kepada wanita berkenaan."Jadi memang mereka selalu berhubungan dalam soal kerja. Namun apabila terbaca conversation mereka, rasanya topik tu sangat tak perlu lagi-lagi apabila bertanya kepada suami orang," luahnya.ARTIKEL BERKAITAN: Senior busuk hati ajak satu pejabat ‘pulau’ pekerja wanita baharu, tercabar ‘saham’ jatuh... Tak sedar diri dah bersuami!ARTIKEL BERKAITAN: “Senyum pun dah tak nak” - Bos gatal terus ‘turn off’ lepas staf wanita mangsa gangguan bertukar nombor telefon dengan isteriBukan tidak pernah menegur suami sendiri, namun menurutnya lelaki tersebut menjelaskan hubungannya dengan rakan sekerja berkenaan tidak lebih daripada seorang ketua dengan anak buah.Namun dalam masa sama, dia mengakui keliru dengan niat sebenar rakan sekerja tersebut yang kerap berkongsi kisah peribadi dengan suaminya."Adakah saya over dalam hal ni? Tak tahu apa niat dia selalu kongsi kisah cinta dengan suami saya."Dan saya tahu suami saya pun tak sepatutnya layan cerita perempuan tu. Saya buntu," luahnya lagi. Seorang wanita buntu selepas terbaca perbualan suaminya dengan rakan sekerja wanita bujang.Rakan sekerja itu kerap berkongsi kisah cinta termasuk pengalaman dating dan meminta nasihat tentang lelaki.Hubungan mereka rapat kerana suami wanita itu merupakan ketua di tempat kerja.Wanita itu sudah menegur suami, namun suami nafi ada perasaan dan anggap sekadar hubungan kerja.Netizen menasihatkan agar tegur suami tentang batas dalam pergaulan.Ringkasan ini dijana oleh AIDi ruangan komen, rata-rata warga maya berpendapat kebimbangan wanita itu berasas, malah menyifatkan tindakan rakan sekerja berkenaan sebagai tidak wajar kerana berkongsi hal peribadi dengan suami orang.Tidak kurang juga yang berpandangan suami wanita tersebut sepatutnya lebih tegas dalam menetapkan sempadan, terutama apabila melibatkan perbualan di luar urusan kerja."Tak okey. Tegur suami awak. Kalau dia tak bertindak, awak yang kena bertindak. "Saya pernah alami situasi sama. Perbualan macam harmless awalnya boleh jadi punca mereka lebih rapat."Kalau saya, saya jumpa dan sound sekali. Lepas ni mesti tak berani dah," demikian antara komen netizen.