suria

Wanita rimas makcik sembang kencang! Canang sekampung anak koperal askar beli rumah, Honda CRV lepas kahwin cikgu

Sikap suka mencanang dan membesar-besarkan kejayaan boleh menimbulkan rasa kurang senang dalam kalangan orang sekeliling. -Gambar hiasan AI

SUDAH menjadi lumrah bagi setiap ibu bapa untuk menumpang bangga melihat kejayaan anak-anak yang sudah pandai berdikari.

Namun ada kalanya sikap terlalu gemar mencanang atau membesar-besarkan pencapaian anak boleh menimbulkan rasa kurang senang orang sekeliling, termasuk ahli keluarga sendiri.

Di Threads, seorang wanita berkongsi sikap menjengkelkan seorang ibu saudaranya kerana kerap mencanang pencapaian anak sendiri kononnya mampu memiliki kediaman dan kenderaan hebat sedangkan hakikat sebenarnya adalah berbeza.  

ARTIKEL BERKAITAN: Balik rumah asyik tidur, mak mentua canang sekampung perangai menantu... Siap larang anak tolong isteri buat kerja rumah!

ARTIKEL BERKAITAN: Senior tempat kerja mengaku keturunan ‘payung kuning’, canang pandu Mustang - “Abang ni kerabat, jangan beritahu orang”

"Makcik aku ni ada lima orang anak lelaki. Dia dah warning anak lelaki dia. Katanya kalau nak cari bini, cari yang bekerja. Ada seorang anak lelaki dia askar, sebelum kahwin dah bising suruh cari jururawat atau cikgu. 

"Maka kahwinlah anaknya si askar tu dengan cikgu. Lepas tu dapat beli rumah tapi nama bini dia.

"Sekampung dicanang, kata anak dia beli rumah. Lepas tu anak dia beli Honda CRV, terang-teranglah nama isteri juga kan? Takkan askar pangkat koperal boleh beli kereta bayaran bulanannya RM1,500. Sekampung dia jaja cerita, anak dia beli kereta mahal.

Ada individu gemar berkongsi kisah kejayaan keluarga agar dipandang hebat oleh orang lain. -Gambar hiasan AI

Tambahnya, setiap kali pulang beraya, ibu saudaranya tidak pernah melepaskan peluang untuk berkongsi cerita mengenai kejayaan anaknya kepada sesiapa sahaja yang ditemui.

"Tiap kali balik raya, ke mana saja dia pergi, dia akan cerita anak dia yang askar tu beli itu ini, ada itu ini," ujarnya.

Menurut wanita itu lagi, sikap tersebut membuatkan dia beranggapan ibu saudaranya terlalu bangga sehingga seolah-olah menumpang populariti anak sendiri.

"Sebegitu sekali bangganya dengan anak dia askar tu. Tak hairanlah warning anak dia suruh kahwin dengan perempuan yang ada kerjaya, senang nak tumpang populariti," kongsinya lagi.

  • Seorang wanita berkongsi kisah ibu saudaranya yang suka mencanang kisah anak-anak.

  • Ibu saudara sering mencanang kononnya anak lelaki yang bekerja sebagai askar membeli rumah dan kereta mewah.

  • Hakikatnya, rumah dan kereta tersebut didaftarkan atas nama isteri anaknya.

  • Setiap kali beraya atau berjumpa orang, dia akan ulang cerita untuk menunjukkan kebanggaan.

  • Sikap itu menimbulkan rasa kurang senang dan dianggap materialistik oleh orang sekeliling.

Tambahnya, walaupun cuba bersikap berlapang dada, dia tidak dapat menafikan rasa kurang senang apabila cerita yang disampaikan ibu saudaranya itu sering kali ditokok tambah kerana mahu menunjukkan 'kehebatan' anak sendiri.

Di ruangan komen, rata-rata warga maya mengakui wujudnya segelintir ibu bapa yang bersikap materialistik dan terlalu mengagungkan anak sendiri sehingga tahap obses.

"Memang ada spesies macam ni... anak dia 'terpaling' beli semua.

"Mak mentua macam ni memang wujud... nak menantu kerja elok. Kalau tak kerja, tak nak.

"Sedih manusia macam ni... hidup dalam angan-angan padahal biasa je pun," demikian antara komen netizen.

Artikel Lain