suria

Demi segulung ijazah di Australia, bapa nekad buat pinjaman RM100,000... Anak pula serba salah, tak mahu jadi ‘hamba’ hutang

Ramai anak muda terbeban dengan pinjaman kewangan pendidikan selepas tamat belajar. -Gambar hiasan AI

TIDAK dinafikan, ramai anak muda yang berhasrat mengikuti pengajian di luar negara, apatah lagi jika berpeluang menjejakkan kaki ke universiti terkemuka di samping menimba pengalaman di perantauan.

Namun, faktor kewangan sering kali menjadi penghalang utama sehingga ada yang terpaksa melupakan hasrat tersebut demi mengelakkan bebanan hutang di masa hadapan.

Di Thread, seorang gadis meluahkan rasa dilema apabila bapanya berkeras mahu membuat pinjaman bank sebanyak RM100,000 bagi membiayai pengajiannya di Australia.

"Ayah berkeras nak buat pinjaman RM100,000 untuk saya sambung belajar dalam ijazah sarjana muda di Australia.

Ramai anak muda dilema dengan keputusan menyambung pengajian ke luar negara. -Gambar hiasan AI

Ramai anak muda dilema dengan keputusan menyambung pengajian ke luar negara. -Gambar hiasan AI

"Dia kata kalau tak cukup, dekat sana boleh cuba cari mana-mana biasiswa atau buat kerja sambilan," luahnya yang buntu dengan pandangan bapanya itu.

Mengakui taraf kewangan keluarganya adalah 'atas pagar', pengadu turut meluahkan kebimbangan sekiranya suatu masa nanti dia akan dibebani hutang pendidikan tersebut.

Malah katanya, dia sanggup melupakan keinginan untuk melanjutkan pelajaran di luar negara bagi mengelakkan masalah kewangan nanti.

  • Gadis dilema bapa mahu pinjam RM100,000 untuk belajar di Australia.
  • Bimbang terbeban hutang, sanggup lupakan hasrat ke luar negara.
  • Dakwa kewangan keluarga ‘atas pagar’, risiko tinggi.
  • Bapa cadang cari biasiswa atau kerja sambilan di sana.
  • Netizen nasihat fikir masak-masak, kos hidup dan peluang biasiswa mencabar.

Ringkasan ini dijana oleh AI

"Keluarga aku T20 tapi yang nak hampir ke M40 ya, jadi berbaloi ke langkah ni? Aku dah cakap tak mahu sebab nanti aku yang kena tanggung pinjaman tu," tambahnya lagi.

Apa yang mengejutkan, bapanya secara terbuka memintanya mencari kerja di perantauan sejurus selepas dia menyuarakan bantahan mengenai pinjaman kewangan berkenaan.

Hantaran tersebut mencetuskan perbincangan hangat dalam kalangan netizen yang rata-ratanya menasihati gadis berkenaan agar berfikir masak-masak sebelum membuat keputusan.

ARTIKEL BERKAITAN: Pelajar T20 terkilan kena buat 'part-time', rakan B40 'sedap' berbelanja sakan beli barang mewah guna duit bantuan

ARTIKEL BERKAITAN: Dulu buat 'part time' demi sambung belajar, adik pula semua ditanggung siap nak hantar ke 'overseas'... Wanita pertikai sikap ibu

Malah ramai berpendapat bahawa tindakan tersebut berisiko tinggi.

"Tak berbaloi kalau sampai meminjam sebab kos sara hidup di sana tidak murah.

"Mungkin tukar mindset ayah kepada belajar di Malaysia dan bekerja di Australia.

"Bukan mudah juga nak dapatkan biasiswa selepas dah sambung belajar. Ramai yang mohon sebelum sambung pengajian pun tak dapat lagi," demikian reaksi netizen.

Artikel Lain