Gangguan seksual di tempat awam semakin membimbangkan apabila ia berlaku secara terbuka. -Gambar hiasan AI
JIKA ditelusuri di media sosial, ramai individu berkongsi pengalaman berdepan gangguan seksual di tempat awam, sekali gus mencetuskan kebimbangan dalam kalangan masyarakat. Terbaharu, seorang wanita tampil menceritakan pengalaman tidak menyenangkan yang dialaminya ketika melakukan aktiviti riadah di sebuah taman rekreasi. Menerusi hantaran di Threads, wanita tersebut berkata dia sama sekali tidak menyangka menjadi mangsa memandangkan dirinya mengenakan pakaian riadah yang sopan.Mangsa gangguan seksual wajar mengambil tindakan tegas agar tidak terus dijadikan sasaran. -Gambar hiasan"Petang tadi saya pergi brisk walk, untuk makluman saya pakai baju muslimah yang kembang bahagian bawah punggung dan tudung sarung labuh."Tengah-tengah jalan, tiba-tiba seberang jalan tu jumpa dua orang budak lelaki berbasikal tengah lepak. Saya senyum je dan masa tu pakai earphone sebelah."Sekali lagi saya round kawasan tu, saya dengar jelas gila sebab dia jerit... kak jub*r besar. Sangat kurang ajar sebab saya dah pakai baju dan tudung yang sopan," kongsinya dalam hantaran berkenaan.ARTIKEL BERKAITAN: Rakan sekerja wanita suka gesel-gesel badan, acah terlanggar walau tak sempit - “Kita ni jaga batas, sangat tak selesa”ARTIKEL BERKAITAN: Emosi teruk terjejas, mangsa gangguan seksual cari jalan mahu 'big boss' dihukum! Ofis cuma beri amaran, tutup kesDaripada perkongsiannya, kedua-dua budak lelaki berkenaan dipercayai pelajar sekolah rendah.Biarpun terkejut dan marah dalam masa yang sama, wanita tersebut berkata dia tidak membalas kata-kata yang dilontarkan mahupun 'menyerang' kedua-dua budak tersebut kerana bimbang gagal mengawal emosi.Dia bagaimanapun mengakui berasa sedih dan terkilan dengan sikap segelintir generasi muda masa kini yang dilihat semakin berani bertindak tidak senonoh lagi-lagi terhadap wanita.Seorang wanita menjadi mangsa gangguan seksual ketika melakukan briskwalk di sebuah taman rekreasi.Dia menjadi mangsa gangguan biarpun berpakaian sopan dan tudung labuh.Dua budak lelaki dipercayai pelajar sekolah rendah didakwa mengeluarkan kata-kata tidak senonoh ketika dia lalu di kawasan tersebut.Dia memilih untuk tidak bertindak balas kerana bimbang emosi tidak terkawal, namun sedih dengan sikap generasi muda.Netizen berpendapat pentingnya didikan ibu bapa tentang adab.Ringkasan ini dijana oleh AI"Ini menunjukkan anda sebagai seorang lelaki walaupun budak sekolah lagi, dah terbiasa cakap benda tak senonoh macam tu dekat perempuan dan tak kisah jika orang tu lebih tua daripada anda."Bayangkan kau dah tutup elok-elok, tetapi lelaki masih lakukan gangguan seksual dan bodyshame you. Jijik betul!"Semoga mak ayah mereka bagi didikan yang betul. Setidak-tidaknya punyai common sense dan tundukkan pandangan, jangan hina orang dan paling penting hormat perempuan atau orang yang lagi tua," akhirinya.Di ruangan komen, rata-rata warga maya menyokong pendapatnya tentang pentingnya peranan ibu bapa dalam mendidik anak-anak sejak kecil mengenai adab dan batas pergaulan.Malah, ada juga yang berkongsi pengalaman hampir sama, sekali gus menunjukkan isu gangguan seksual di tempat awam bukan lagi perkara terpencil.