KEK batik mungkin dianggap biasa menurut sesetengah orang, namun bagi seorang ibu, ia merupakan hadiah paling bermakna yang menjadi pelengkap kepada hari istimewa permata hatinya.Niat asal seorang lelaki yang hanya ingin berkongsi rezeki dengan jiran tetangga akhirnya bertukar menjadi satu momen hiba yang meruntun jiwa.Mana tidaknya, pemberian ringkas berupa kek batik itu rupa-rupanya hadir tepat pada hari ulang tahun kelahiran anak jirannya.Lelaki yang hanya ingin dikenali sebagai Mr Ali mengakui, dia sama sekali tidak menyangka pemberian kek batik 'kosong' tanpa sebarang hiasan mewah itu akan disambut dengan titisan air mata kesyukuran.Menceritakan semula detik tersebut di aplikasi Threads, Mr Ali yang juga seorang pendidik berkata, dia tergerak hati untuk menghantar kek batik buatannya selepas menyedari jiran tersebut belum pernah merasa hasil air tangannya.Antara kek yang dihasilkannya."Saya ada buat kek batik untuk jiran sebab sedar yang dia tak pernah dapat lagi kek batik buatan saya. Lewat petang tu, saya pergi ke rumah dia dan anaknya sambut dengan muka gembira. "Tak lama kemudian maknya keluar dan saya cakap... saya bagi makanan sikit ni kak, coklat pun ada untuk anak-anak akak makan sekali," ujarnya menceritakan semula momen ketika menghantar kek tersebut.Menurutnya, tanpa diduga air mata wanita terbabit bergenang sambil mengucapkan terima kasih."Terima kasih dik, macam tahu-tahu je hari ini birthday anak akak," kata wanita itu kepada Mr Ali.Tidak hanya itu, jirannya turut menyatakan bahawa mereka sudah lama tidak makan kek yang sedap dan istimewa.Lelaki hadiahkan kek batik kepada jiran sekadar eratkan hubungan.Terharu bila jiran ucap terima kasih, rupanya birthday anak.Kek ringkas tetap dihargai hingga buat wanita sebak.Peristiwa itu imbau kenangan pahit zaman kecilnya.Kini dia berkongsi rezeki sebagai cara ‘ubat’ luka lama.Ringkasan ini dijana oleh AI"Saya terharu sangat waktu tu walaupun sekadar buat kek batik kosong yang tiada topping apa-apa, tapi begitu dihargai."Situasi tu buatkan saya terimbau muka mak semasa ada jiran buat makan-makan dulu."Masa tu saya cakap dekat mak... best tengok ada KFC, ada kek. Tapi masa tu fahamlah yang tidak dijemput," ujarnya mengimbau memori silam.Ketika dihubungi mStar, dia yang berkhidmat sebagai seorang pendidik menyatakan peristiwa tersebut berlaku semasa dia berada di bangku sekolah rendah.ARTIKEL BERKAITAN: Anak belikan gelang RM11,000 buat ibu, dulu adik-beradik cuma merasa pakai emas sadur masa rayaARTIKEL BERKAITAN: “Ayah guna bayar hutang ya” - Pelajar buat ramai menangis serah wang RM500 kepada bapa, influencer Boss A turut sumbang komputer riba"Jiran tersebut panggil mak untuk ambil makanan dan wajah mak masa tu sangat gembira. Saya pun gembira juga tapi apabila buka, makanan dah berlendir dan basi. “Apabila tanya, mak pun ambil perlahan-lahan makanan tu dan cakap... tak apalah nanti ummi buatkan makanan sedap, abah belum gaji tu,” tambahnya.Momen berkenaan membuatkan dia masih terkenang kelembutan suara ibunya ketika memujuk.Kenangan pahit masa kecil mendorongnya menghasilkan kek untuk jiran tetangga. Malah katanya, disebabkan tingkah laku ibunya itulah yang mendorong dia kini suka memberi makanan kepada jiran.“Mak saya terkilan tapi mungkin menganggap jiran terlepas pandang dan tidak perasan,” tambahnya yang gemar memberi kek kepada jiran tetangga.Selaku pempengaruh media sosial yang gemar berkongsi kandungan mengenai pelbagai jenis kek, Mr Ali menegaskan bahawa, perkongsiannya itu bukan sekadar untuk meraih tontonan semata-mata sebaliknya ‘mengubati’ luka lama."Ia secara tidak langsung mengubati kisah lama saya sewaktu kanak-kanak, beri makanan pada jiran supaya mereka tidak merasai apa yang saya rasa," jelasnya.