suria

“Saya geram sebab dia tidur” - Lelaki cerita punca cerai isteri, tetap lafaz talak tiga walau hanya sekali tak masak

Para suami perlu berhati-hati agar tidak melepaskan lafaz cerai dalam keadaan marah. -Gambar hiasan AI

PERSELISIHAN faham dalam rumah tangga sememangnya sering berlaku, namun tidak semua konflik akan berakhir dengan pendamaian.

Seorang individu berkongsi detik perbicaraan di sebuah mahkamah syariah membabitkan seorang lelaki yang melafazkan cerai terhadap isterinya dalam keadaan marah.

Menerusi prosiding tersebut, hakim menegaskan lafaz cerai tidak boleh dibuat sesuka hati walau dalam apa jua keadaan.

Besar pengorbanan isteri dalam menguruskan rumah tangga ketika suami bekerja. -Gambar hiasan AI

Besar pengorbanan isteri dalam menguruskan rumah tangga ketika suami bekerja. -Gambar hiasan AI

“Mana boleh rujuk, awak dah ceraikan isteri dengan talak tiga,” tegas hakim pada awal perbicaraan.

Suami berkenaan bagaimanapun mendakwa lafaz tersebut berlaku tanpa niat untuk menceraikan isterinya.

"Isteri saya ni baik. Hari-hari masak untuk saya, buat kerja rumah sempurna. Tapi ada satu hari tu saya balik penat-penat isteri tak masak.

“Baru hari itu dia tak masak. Saya jadi geram sebab dia tidur dan saya kejut tak bangun,” katanya.

ARTIKEL BERKAITAN: Lepas cerai ibu talak tiga, bekas bapa tiri merayu nak terus tinggal bersama... Baru sedar jadi gelandangan, tiada tempat tinggal

ARTIKEL BERKAITAN: Lepas dicerai talak tiga, wanita dekati bapa perosak rumah tangga... Cinta berputik di kota Makkah - “Kau kejam, aku lagi kejam!”

Hakim kemudian bertanya keadaan rumah pada waktu itu dan lelaki berkenaa memaklumkan ia bersih dan terurus, termasuk pakaian yang dibasuh serta dilipat.

"Kamu ceraikan isteri hanya disebabkan satu tugas sahaja tak siap?," soal hakim tanpa dijawab lelaki tersebut.

Dalam sesi perbicaraan, si isteri turut dipanggil ke kandang saksi dan menjelaskan bahawa dia tidak memasak pada hari tersebut kerana menjaga anak mereka yang menghidap autisme.

Malah, wanita itu juga merupakan individu utama yang menguruskan anak istimewa tersebut.

  • Suami melafazkan cerai ketika marah selepas mendakwa isteri tidak memasak.
  • Hakim menegaskan lafaz cerai tidak boleh dibuat sesuka hati.
  • Isteri tidak memasak kerana menjaga anak autisme.
  • Suami mengaku sedar ketika melafazkan cerai dalam keadaan marah.
  • Mahkamah memutuskan talak tiga tersebut sah dan tidak boleh dirujuk.

Hakim kemudian bertanya kepada lelaki itu sama ada lafaz cerai dibuat dalam keadaan sedar atau tidak.

“Sebelum lafaz perkataan tu macam dah ada dalam fikiran saya. Dalam keadaan marah saya tetap lafazkan walaupun saya tahu benda tu salah," akuinya.

Selepas meneliti keterangan kedua-dua pihak, mahkamah memutuskan bahawa lafaz cerai talak tiga yang dibuat di luar mahkamah adalah sah di sisi undang-undang syariah.

Mahkamah turut menjelaskan bahawa pasangan tersebut tidak boleh rujuk atau bernikah semula kecuali selepas isteri berkahwin dengan lelaki lain, berlaku persetubuhan, dan kemudian berpisah secara sah terlebih dahulu.

Artikel Lain