Segelintir lelaki sanggup berkorban demi memenangi hati perempuan yang disayanginya. -Gambar hiasan AI
SETIAP wanita pastinya mengimpikan lelaki yang budiman untuk dijadikan sebagai pasangan hidup.Menurut seorang gadis, dia pernah dipertemukan dengan lelaki yang sangat baik walaupun jodoh mereka tidak berkekalan. Dalam satu kejadian, gadis itu berkata dia kagum dengan sifat tenang lelaki tersebut walaupun keretanya dicemari dengan darah haid.Setiap wanita pastinya mengimpikan lelaki yang baik sebagai pasangan hidup. -Gambar hiasan AI"Dia sangat tinggi empati. Saya duduk dalam kereta. Dia keluar pergi belikan tuala wanita, minyak angin dan ubat. "Dia juga bawa saya ke stesen minyak untuk bersihkan diri. Dia bersihkan darah yang tumpah atas kerusi keretanya. Dia siap tanya kalau saya alami sakit perut."Dia juga tanya kalau saya teringin nak makan apa-apa. Saya sangat bertuah kenal dengannya walaupun sekejap. Tolong sedekahan al-Fatihah untuk dia," tulisnya membawa maksud lelaki berkenaan sudah meninggal dunia.Seorang wanita tular selepas kongsi cerita tentang bekas teman lelakinya.Dia berkata lelaki itu sangat tenang walaupun keretanya dicemari darah.Lelaki itu sangat prihatin terhadap wanita itu yang sedang datang bulan.Wanita itu berkata jodoh mereka tak panjang kerana lelaki berkenaan sudah meninggal dunia.Ringkasan ini dijana oleh AIPerkongsian di aplikasi Thread itu dihujani dengan ratusan komen netizen.Rata-rata pelayar Thread turut meluahkan rasa sedih apabila cerita gadis itu berakhir dengan kesedihan."Lelaki yang baik memang selalu meninggal awal ke?ARTIKEL BERKAITAN: Wanita datang bulan ‘bocor’ dalam kereta, encik tunang senyum je! Siap tolong cuci kusyen - “Dia langsung tak buat muka”ARTIKEL BERKAITAN: Lukisan darah haid? Rakyat Malaysia bingung perangai TikTokers luar negara - “Aku buka lepas tu tutup balik, rasa nak muntah ”"Al-Fatihah buat arwah. Semoga saya juga dipertemukan lelaki seperti ini."Salam takziah awak. Semoga roh dia dalam kalangan orang beriman."Saya harap awak tabah dan jumpa semula lelaki yang baik macam ni," tulis beberapa individu.