Ibu yang merancang atau sedang hamil disaran mengikut nasihat jururawat atau doktor demi kesihatan. -Gambar hiasan AI
PERANCANGAN keluarga sering kali dipandang ringan, sedangkan ia memainkan peranan penting dalam memastikan kesejahteraan ibu, anak serta kestabilan ekonomi sesebuah keluarga.Lebih-lebih lagi bagi golongan berpendapatan rendah, aspek ini bukan sekadar pilihan, tetapi satu keperluan yang boleh menentukan kualiti hidup jangka panjang. Di Threads, seorang wanita berkongsi situasi yang membuka mata ketika dia mengunjungi sebuah klinik desa untuk mendapatkan suntikan imunisasi anaknya.Menurutnya, suasana pada awalnya tenang seperti biasa sehinggalah dia terdengar perbualan di antara seorang jururawat dengan ibu hamil.Perancangan keluarga bukan sekadar pilihan, tetapi satu keperluan yang boleh menentukan kualiti hidup jangka panjang. -Gambar hiasan AI"Puan baru bersalin bulan 12 hari tu. Ni mengandung lagi ni. Puan ambillah perancang. Kalau tak mampu, saya tolong bayarkan RM1 untuk perancang tu," kata jururawat tersebut dengan nada lembut, cuba memberi nasihat kepada ibu hamil berkenaan.Namun, respons yang diterima cukup mengejutkan dan membuatkan wanita berkenaan serta pengunjung klinik yang lain tersentak."Eh suka hati sayalah nak mengandung dua kali setahun pun. Bukan kau yang kandung kandungan aku pun," balas si ibu hamil.ARTIKEL BERKAITAN: Wanita persoal kewajaran miliki ramai anak, suruh ibu bapa kira dulu kemampuan diri sebelum cakap soal rezekiARTIKEL BERKAITAN: Simpati nasib pakcik sebelah rumah, anak tak ramai tapi bergaduh adik-beradik... Pemuda bandingkan dengan jiran 13 zuriatMenurut wanita yang berkongsi kisah tersebut, seluruh klinik tiba-tiba menjadi sunyi dan suasana yang tadinya biasa terus berubah menjadi janggal.Apabila tiba gilirannya, jururawat tersebut hanya menggelengkan kepala sebelum menjelaskan situasi sebenar."Itu anak dia nombor sembilan, puan. Saya hanya nasihatkan," kata jururawat berkenaan kepadanya.Lebih mengejutkan apabila dia diberitahu bahawa suami kepada wanita hamil tersebut juga tidak bekerja.Seorang wanita berkongsi kisah ketika ke klinik desa untuk imunisasi anaknya.Dia terdengar jururawat menasihatkan ibu hamil yang baru bersalin agar mengambil perancang keluarga.Ibu hamil tersebut memberi respon kasar hingga membuat ramai tersentak.Rupanya ibu hamil itu sedang mengandung anak kesembilan dan bergantung pada bantuan zakat dan JKM kerana suami tak bekerja.Netizen menekankan kepentingan perancangan keluarga terutama bagi golongan berpendapatan rendah.Ringkasan ini dijana oleh AI"Mengharapkan Zakat dan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM). Dekat sini baru saya faham. Kenapa B40 perangai macam ni. Kurangnya pendedahan kepada pendidikan."Anak berderet masuk klinik. Saya tengok pun pening," akhirinya.Di ruangan komen, perkongsian tersebut mengundang pelbagai reaksi dalam kalangan netizen.Sebahagian daripada reaksi warga maya.Rata-ratanya bersetuju bahawa isu perancangan keluarga tidak boleh dipandang enteng, terutama apabila melibatkan kemampuan kewangan dan kesejahteraan anak-anak.Ada yang berpendapat bahawa pendekatan pendidikan dan kesedaran perlu dipertingkatkan agar setiap pasangan lebih memahami kepentingan merancang jarak kehamilan."Lepas tu anak yang atas-atas jadi mangsa kena jaga adik-adik, dah besar sikit kena kerja cari duit."Patut Zakat dan JKM limit sampai tiga anak je. Ini nak menanggung dia anak beranak pakai duit cukai dan zakat rakyat lain."Spesies yang sama tepek kod QR sana sini mengharap bantuan tanpa usaha. Lepas tu salahkan kerajaan," komen sebahagian netizen.