Menjadi kewajipan anak-anak untuk pastikan keadaan tempat tinggal ibu bapa bebas bahaya. -Gambar hiasan AI
KERESAHAN seorang wanita mengenai hasrat bekas bapa tiri yang mahu terus tinggal bersama ibunya meskipun sudah sah bercerai mencuri perhatian ramai.Situasi yang berlaku itu membuatkan dia dan adik-beradik yang lain merancang untuk mencari calon suami baharu buat ibunya bagi menghalang gangguan lelaki terbabit. "Aku nak cari calon bapa tiri untuk mak aku, serabut betul aku dengan bekas bapa tiri.Bercucuk tanam merupakan aktiviti santai yang gemar dilakukan warga emas. -Gambar hiasan AI"Sudah la bercerai sampai habis talak, kemudian meroyan nak duduk sebumbung dengan mak aku," luahnya di Thread.Lebih mengejutkan apabila wanita ini mendedahkan bekas bapa tirinya membuat rayuan seperti itu kerana dia tidak mempunyai tempat tinggal.ARTIKEL BERKAITAN: Tak pernah tahu bercinta, tiba-tiba ibu umur 70 tahun luah hasrat nak kahwin... Anak serba salah nak halang - “Ada orang galakkan dia”ARTIKEL BERKAITAN: Abang angkat kini bapa tiri, betul ke ada ‘plot twist’? Beza umur dengan ibu 20 tahun, gadis ini anggap dah jodoh"Dia dah jadi gelandangan, kalau cerai talak satu memang boleh rujuk lagi, ini dah tiga kali cerai."Bercerai sebab dia kantoi ada perempuan lain. Sekarang dah merayu nak duduk rumah mak aku tapi di bahagian atas," tambahnya sambil menyatakan ibunya sudah berusia 60 tahun.Mengakui bimbang dengan keselamatan ibunya, pengadu menyatakan dia sudah menukar kunci rumah dan mengeluarkan barang peribadi bekas bapa tirinya itu.Wanita resah bekas bapa tiri mahu tinggal sebumbung.Ibu sudah diceraikan talak tiga, tak boleh rujuk.Lelaki itu dakwa tiada rumah, kini merayu.Wanita mahu cari pasangan baharu untuk ibu.Netizen nasihat jangan layan, minta ibu tegas.Ringkasan ini dijana oleh AINamun malangnya, individu terbabit berterusan mengganggu sehingga sanggup menunggu di hadapan pintu rumah setiap hari.Susulan itu, dia secara terbuka menyatakan hasrat untuk mencari calon pasangan baharu buat ibunya.Perkongsian tersebut mengundang pelbagai reaksi netizen yang rata-ratanya memberi pandangan dan nasihat berhubung situasi yang dihadapi keluarga berkenaan.Antara reaksi netizen."Tak perlu layan rayuan dia, mak awak pun kena tegas sebab dah bukan mahram. Cari bapa baru pun belum tentu selesai isu ni."Sekat nombor dia daripada telefon mak awak."Buat laporan polis dan minta dia dihalang daripada mendekati ibu awak dan keluarga," demikian nasihat netizen.