suria

Pelajar tingkatan 1 dituduh hamil, kaunselor suruh junjung al-Quran jika tak bersalah... Cikgu masih tak percaya sampai minta ‘uli’ perut!

Dipanggil ke bilik disiplin adalah antara momen yang menakutkan bagi setiap pelajar. -Gambar hiasan AI

ZAMAN persekolahan sering meninggalkan pelbagai kenangan, sama ada yang manis mahupun sebaliknya.

Bagi seorang wanita ini, dia tidak dapat melupakan peristiwa dipanggil ke bilik disiplin ketika baru menjejakkan kaki ke sekolah menengah, gara-gara difitnah hamil.

Dalam satu perkongsian di media sosial, wanita tersebut mengimbas kembali pengalaman traumatik disoal siasat guru, satu situasi yang meninggalkan kesan mendalam dalam hidupnya.

Pengalaman pahit di sekolah lazimnya meninggal trauma untuk jangka masa panjang. -Gambar hiasan

"Pertama sekali apabila masuk bilik displin, aku cakap dengan kaunselor, cikgu kena buktikan saya betul-betul pregnant baru cikgu boleh panggil mak ayah saya datang sekolah. 

"Sampai cikgu suruh junjung al-Quran. Lepas tu cikgu masih tak puas hati, buat ujian kehamilan pula. Dan ternyata segala fitnah itu salah," tulisnya dalam perkongsian tersebut.

Wanita itu menjelaskan bahawa kekeliruan berpunca daripada kesilapan mengenal pasti pelajar lain yang mempunyai nama sama, iaitu seorang senior tingkatan lima.

ARTIKEL BERKAITAN: “Saya benci kerja ni!” - Cikgu tertekan hadap perangai murid kurang ajar, rasa nak MC tak sanggup masuk kelas

ARTIKEL BERKAITAN: Biadab! Pelajar ‘terpaling’ benci penjajah ‘sound’ guru guna bahasa Inggeris ketika mengajar Matematik

"Dia tertukar aku dengan senior tingkatan 5 masa tu sebab nama kami sama. 

"Lepas tahu result tu, ada sorang cikgu 'orang lama' siap nak check perut aku, diuli-ulinya perut aku. Ada lemak je masa tu.

  • Seorang wanita pernah difitnah hamil ketika baru masuk sekolah menengah.

  • Dia dipanggil ke bilik disiplin dan disoal siasat oleh guru serta kaunselor.

  • Fitnah berlaku akibat kekeliruan dengan seorang pelajar senior yang mempunyai nama sama.

  • Ujian kehamilan membuktikan tuduhan tersebut tidak benar dan dia tidak bersalah.

  • Perkongsian itu mengundang simpati netizen serta nasihat agar guru lebih adil dan berempati.

"Nasib tak kena panggil mak abah lagi. Kalau tak, mampus aku kena terajang dengan abah. Bayangkan 13 tahun kot umur, tak adanya nak fikir buat benda bukan-bukan masa tu," kongsinya lagi.

Perkongsian wanita tersebut mencetuskan pelbagai reaksi dalam kalangan warga maya, dengan ramai yang bersimpati terhadap pengalaman getirnya dan mengecam tindakan guru terbabit kerana tidak sensitif.

Sebahagian daripada komen netizen.

Tidak kurang juga yang berkongsi pengalaman hampir sama, sambil menasihatkan ibu bapa dan guru agar lebih berhati-hati dalam menangani isu disiplin serta mengutamakan keadilan dan empati terhadap pelajar.

"Lepas tu mereka minta maaf tak? Tak baiknya tuduh orang mengandung. Dah macam tuduh orang berzina tanpa saksi.

"Agak-agaknya apa perasaan orang yang mula-mula petik nama sis dan penyebar fitnah tu kan," komen netizen.

Artikel Lain