PENAMPILAN Biduanita Negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza yang mengenakan busana longgar dan sopan menutup aurat ketika menghadiri satu majlis berbuka puasa menarik perhatian ramai.Ramai memuji penyanyi itu kerana mengenakan pakaian labuh serta longgar dan seterusnya membolehkan beliau menunaikan solat tanpa mengenakan telekung seperti kebiasaan. Di sebalik pujian yang dituai, masih terdapat segelintir individu dan kurang keyakinan untuk menunaikan solat dengan berpakaian longgar dan sopan seperti itu.Kupasan secara umumMenerusi pandangan Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan, solat tetap sah walaupun seorang wanita itu mengenakan pakaian ketat ketika menunaikan ibadah."Sah solat seseorang yang memakai pakaian yang ketat ketika solat selagi mana pakaian tersebut tidak menampakkan warna kulit. "Namun begitu, makruh bagi seorang wanita berpakaian ketat di dalam solat kerana ia menampakkan bentuk badan," jelasnya ketika menjawab persoalan hukum wanita memakai pakaian ketat ketika solat.Pandangan tersebut berlandaskan kitab al-Majmu’ Syarh al-Muhazzab 3/171 yang mana Imam al-Nawawi menyatakan, wajib menutup aurat dengan sebarang pakaian yang tidak menampakkan warna kulit dan ia tidak mampu ditutup dengan baju jarang.Pakaian sukan turut dibenarkan dalam solat namun tidak digalakkan. -Gambar hiasanSecara asasnya menutup aurat mencukupi dengan apa jenis pakaian, kulit, kertas atau dedaun yang dikait selagi mana ia tidak menampakkan warna kulit.Al-Khatib al-Syarbini dalam kitab Mughni al-Muhtaj 1/398 turut menjelaskan, tidak batal solat sekiranya berpakaian yang menampakkan tubuh badan tetapi makruh bagi seorang wanita berpakaian ketat manakala bagi lelaki tidak diutamakan (khilaf al-Aula).Huraian tentang bahagian bawah daguMengulas tentang kekeliruan mengenai aurat wanita pada bahagian bawah dagu yang sering kali ditimbulkan masyarakat, pendakwah bebas, Ustazah Asma' Harun berkata, terdapat khilaf dalam pandangan ulama mengenainya.Ujar beliau, terdapat ulama yang menyatakan bahagian bawah dagu bukan aurat kerana sebahagian pada wajah.Namun ada pula yang berpendapat ia sebahagian daripada leher dan perlu ditutup kerana aurat."Bagi mengetahui bahagian bawah dagu adalah aurat atau tidak, ia dapat dikenal pasti dalam kaedah berwuduk ketika membasuh anggota muka."Menurut kitab fiqh Mazhab Syafie, bahagian muka bermula dari hujung rambut bahagian atas hingga bahagian bawah dagu manakala dari tepi bermula dari hujung telinga kanak sehingga ke kiri," jelasnya menerusi laman TikTok.Pergelangan tangan dan bahagian bawah dagu bukanlah aurat berdasarkan pandangan beberapa ulama.Tambah Asma', sama ada bahagian bawah dagu adalah aurat atau sebaliknya adalah bergantung pada pegangan individu tersebut kerana terdapat khilaf dalam pandangan ulama.Aurat tangan perempuanBagi isu sama ada solat seorang wanita batal sekiranya kedua-dua pergelangan tangan terdedah, Bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri berkata, ibadah yang dilakukan tetap sah."Solat dalam keadaan kedua pergelangan tangan terdedah adalah sah. "Hal ini kerana jumhur ulama bersepakat bahawa kedua pergelangan tangan perempuan bukanlah aurat ketika dalam solat," jelas Zulkifli menerusi laman sesawang kendalianya.Pandangan tersebut dibuat berdasarkan beberapa kitab antaranya Badai’ al-Sanai’ (5/121-122) yang mana, Imam al-Kasani al-Hanafi menyatakan, muka dan kedua telapak tangan wanita bukanlah aurat.Malah ia adalah kelonggaran yang diberikan Allah SWT berdasarkan kepada firman-Nya di dalam surah al-Nur ayat 31. Selain itu, diharuskan bagi mereka mendedahkan muka dan kedua telapak tangannya kerana mereka berhajat kepada jual beli, mengambil dan memberi.Oleh itu secara adatnya, semua perkara itu tidak mungkin dapat dilakukan melainkan dengan mendedahkan muka dan juga kedua telapak tangan.