MASIH ramai yang keliru tentang waktu solat Maghrib atau berbuka puasa apabila berada di tanah tinggi mahupun bangunan pencakar langit.Kekeliruan itu dikesan selepas seorang pengguna Thread yang menyatakan individu berada di tingkat 80 ke atas Menara Merdeka 118 di Kuala Lumpur perlu melewatkan masa berbuka puasa. "Anda yang duduk dan berbuka puasa di Park Hyatt Hotel & Residences, pejabat di tingkat 80 ke atas serta restoran perlu menunggu masa tambahan tiga minit untuk berbuka puasa berbanding mereka yang berada di tingkat bawah," ujarnya di Thread.Susulan kenyataannya itu, ramai warga maya yang mempersoalkan tentang perbezaan waktu berkenaan."Arahan mufti mana ni? Lewat berbuka tiga minit, Merdeka 118 terletak di Kuala Lumpur. Jadi kena ikut waktu Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur la."Konon dia terlebih sains."Ini perkara baharu untuk saya, terima kasih," demikian reaksi netizen.Antara komen warga maya pada hantarannya.Mengulas tentang isu waktu berbuka puasa di tanah tinggi atau bangunan pencakar langit, Mufti Pulau Pinang, Profesor Madya Datuk Dr Mohd Sukki Othman berkata, penentuan waktu solat adalah berdasarkan pada kedudukan semasa individu.Menurut beliau, penentuan tersebut adalah berdasarkan ilmu falak yang disebut dan dibincangkan dalam Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Pulau Pinang menerusi bilangan 1, 2022 yang bersidang pada 16 dan 17 Februari tahun tersebut.Tambah Mohd Sukki, solat atau waktu berbuka puasa, berbeza apabila seseorang itu berada dalam bangunan tinggi seperti Komtar dan Bukit Bendera di Pulau Pinang atau Menara 118, Menara Berkembar Petronas dan Menara Kuala Lumpur."Ketentuan solat ini ditetapkan oleh Allah swt yang mana, seseorang itu wajib menunaikan solat pada waktunya."Jadi, berdasarkan pada kedudukan semasa individu, penambahan (perlu) bagi solat Maghrib dan pengurangan lebih awal pada waktu syuruk," ujarnya menerusi segmen Dari Meja Mufti di laman Facebook Jabatan Mufti Negeri Pulau Pinang.Mufti Pulau Pinang, Profesor Madya Datuk Dr Mohd Sukki Othman.Menjelaskan mengenainya, ujar beliau individu yang berada pada ketinggian 100 meter (m) hingga 200m perlu menambah satu minit daripada waktu Maghrib yang ditetapkan di kawasannya.Bagi ketinggian 200m hingga 400m pula, tempoh dua minit perlu ditambah."Jika ketinggian 500m sampai 800m, tiga minit perlu ditambah manakala pada ketinggian 800m hingga 1000m pula adalah empat minit."Contohnya, berbuka puasa berkaitan dengan waktu Maghrib, kalau dia berada di Komtar, tengok dia berada di tingkat berapa dan berapa ketinggiannya."Jika berada pada ketinggian 400m atau 200m, atau 300m maka dia berbuka puasa lewat dua minit daripada biasa," jelas beliau.Untuk pengetahuan anda, ini bukanlah perkara baharu kerana waktu berbuka berbeza direkodkan di Gunung Jerai walaupun berada dalam daerah Yan, Kedah dan Bukit Larut juga lebih lewat dibandingkan dengan bandar Taiping, Perak.Perbezaan tersebut disebabkan kedudukan yang lebih tinggi, menyebabkan matahari terbenam lebih lambat di puncak tersebut berbanding kwasan tanah rendah.Ini formula kiraan waktu Maghrib dan berbuka puasa di kawasan tinggi:1. Tambah 1 minit: 100m hingga 200m2. Tambah 2 minit: 200m hingga 400m3. Tambah 3 minit: 500m hingga 800m4. Tambah 4 minit: 800m hingga1000m