SEORANG pelancong warga Jerman diserang sekumpulan mak nyah ketika cuba menuntut semula wang miliknya yang dicuri.Video pergaduhan di Pattaya Beach Road, Chon Buri, Thailand itu tular di media sosial pada Selasa. Rakaman menunjukkan lima mak nyah bergelut dengan pelancong tersebut sehingga dia terjatuh dan cedera. Pelancong itu mendakwa seorang wanita transgender mencuri wang miliknya sebanyak 35,000 baht (RM4,370) dan €1,200 (RM9,890).Menurut mangsa, dia membawa seorang wanita transgender ke penginapannya kerana menyangkanya sebagai perempuan tulen. ARTIKEL BERKAITAN: Pemilik kedai makan dipuji ambil geng 'mak nyah' kerja... Ada yang mula berubah simpan janggutSelepas pertemuan itu, dia mendapati sejumlah wang dalam simpanannya hilang.Mangsa kemudian menjejaki pencuri itu di sepanjang pantai Pattaya dan menahannya, tetapi beberapa mak nyah lain campur tangan dan menyerangnya. Orang awam membantu pelancong itu melarikan diri sebelum dia membuat laporan di Balai Polis Pattaya City.Pihak polis memaklumkan laporan itu tidak diabaikan dan mereka sedang berusaha mengesan mak nyah berkenaan untuk tindakan undang-undang.Menurut laporan Siam Chon News, insiden serangan dan kecurian yang melibatkan mak nyah dan pelancong sering berlaku di Pattaya, terutamanya di sepanjang pantai. -Agensi.