suria
mStar - Urban.Versatil

Suami isteri rugi lebih RM10,000! Rumah dirompak ketika solat tarawih berjemaah di masjid

Mangsa menunjukkan keadaan rumah selepas dimasuki pencuri.

SEPASANG suami isteri dikejutkan dengan kejadian pecah rumah sejurus mereka pulang menunaikan solat tarawih di masjid berhampiran.

Apabila tiba di rumah sekitar pukul 8 malam pada 20 Februari lalu, pasangan yang menetap di Gresik, Jawa Timur, Indonesia itu mendapati pintu rumah sudah terbuka.

Lebih meyakinkan kediaman mereka menjadi mangsa rompakan apabila bahagian dalam didapati berselerak dan tunggang-langgang.

Difahamkan harta benda bernilai 45.8 juta rupiah Indonesia (RM10,593) lesap dalam insiden itu, membabitkan barangan kemas, kad ATM, sijil nikah, kad insurans serta wang tunai disimpan di dalam almari.

Mangsa kemudiannya membuat laporan polis dan anggota dari Balai Polis Kedamean ke lokasi kejadian bagi menjalankan siasatan serta mengambil keterangan daripada saksi.

Ketua Polis Daerah Kedamean, Ekwan Hudin pada Sabtu mengesahkan kejadian dan berkata kes masih lagi dalam siasatan. -Agensi

Artikel Lain