SEORANG wanita berpura-pura hamil ditahan pihak berkuasa di sempadan selepas dipercayai cuba menyeludup ribuan kapsul dadah.Menurut National Drug Law Enforcement Agency (NDLEA), suspek, Rabi Muhammad, 35, seorang ahli perniagaan berpangkalan di Kano, Nigeria ditahan ketika berada di kawasan pelepasan untuk menyeberangi sempadan ke Cotonou, Benin. Pengarah Media dan Advokasi NDLEA, Femi Babafemi berkata wanita itu pada awalnya kelihatan seperti sarat hamil dengan perut menonjol, tetapi pemeriksaan penuh mendedahkan bahawa kehamilan itu palsu.Hasil siasatan mendapati suspek mengikat sebuah labu merah jambu di bahagian perut untuk menyerupai baby bump.Di dalamnya disorokkan sebanyak 3,200 kapsul tramadol yang dipercayai untuk dijual di Cotonou.NDLEA mengesahkan kapsul opioid itu disusun rapi dan diikat kemas pada abdomen suspek sebagai usaha untuk mengelak dikesan pihak berkuasa.Kes tersebut kini dalam siasatan lanjut pihak NDLEA. -Agensi