SEORANG pempengaruh mencetuskan kontroversi selepas merakam proses bersalin isterinya dan menyiarkan video itu di platform media sosial.Pempengaruh Cina yang dikenali sebagai Paul in USA itu memiliki lebih 12 juta pengikut. Sewaktu proses kelahiran, isteri Paul mengalami koyakan dan pendarahan teruk.Namun, Paul tetap memuat naik visual yang memaparkan bahagian tubuh isterinya yang terdedah.Menambah lagi kemarahan orang ramai, Paul juga sempat menyelitkan promosi lampin dalam video itu.Video kontroversi itu kemudiannya dipadam, malah akaun media sosialnya juga sudah disekat kerana melanggar polisi platform yang berkaitan.Untuk rekod, Paul pernah bekerja sebagai pengurus produk di Microsoft.Pada Februari 2019, dia mula menyiarkan video dalam talian yang memaparkan kehidupan hariannya di Seattle, Amerika Syarikat.Dia meraih populariti kerana personaliti uniknya sebagai 'pengurus produk Microsoft yang bercakap dalam dialek Timur Laut Cina'.