suria
mStar - Urban.Versatil

Kesucian Ramadan dicemari... Remaja 18 tahun maut ditikam di luar masjid

Kecederaan akibat tikaman boleh menyebabkan kematian. -Gambar hiasan AI

POLIS kini sedang giat menjalankan siasatan susulan seorang remaja maut ditikam di luar sebuah masjid.

Insiden berdarah itu berlaku di Oldbury Road, Smethwick, berhampiran Birmingham, pada petang Jumaat.

Dalam kejadian itu seorang remaja lelaki berusia 18 tahun ditemukan dalam keadaan kritikal sebelum dia disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

Dua lelaki lain, berumur 19 dan 22 tahun, turut mengalami kecederaan dan dibawa ke hospital untuk rawatan lanjut.

Polis berkata insiden yang berlaku semasa bulan Ramadan ini tidak diklasifikasikan sebagai serangan berkaitan agama atau perkauman.

"Kami sedang berusaha untuk mengetahui sepenuhnya tentang kejadian itu dan siapa yang terlibat.

"Kami sedang meneliti rakaman kamera litar tertutup (CCTV) dan menjalankan siasatan lain di kawasan itu," ujar jurucakap Polis West Midlands. -Agensi

Artikel Lain

Abang Mimi Lana meninggal dunia