SEORANG imam masjid ditembak mati ketika dalam perjalanan pulang selepas memimpin solat Tarawih.Kejadian berlaku di Lentegeur, Cape Town, Afrika Selatan, kira-kira pukul 10.55 malam, Rabu lalu. Perkara itu disahkan oleh Jurucakap Balai Polis Lentegeur, Konstabel Navon van Houten."Polis Lentegeur menerima laporan mengenai kejadian tembakan di Candy Tuff Street, Lentegeur."Setibanya di lokasi, kami mendapati seorang lelaki terbaring di jalan dengan selimut menutupi jasadnya,” ujarnya.ARTIKEL BERKAITAN: [V] Lelaki pandu pacuan empat roda ditembak mati di KlangHouten berkata seorang lagi individu turut ditembak dalam kejadian sama, namun hanya mengalami kecederaan."Mangsa kedua kini dirawat di hospital akibat luka tembakan di tangan kiri," katanya sambil menambah motif kejadian masih belum diketahui.Sementara itu, Pengerusi Forum Polis Komuniti Lentegeur, Michael Jacobs mengesahkan lelaki yang maut ialah Moestaqeem Wanza.“Kami menyeru orang ramai agar bekerjasama dengan polis bagi membantu mengesan suspek yang terlibat dalam perbuatan keji ini secepat mungkin. "Mangsa merupakan seorang pemimpin dihormati dalam komuniti Muslim serta contoh teladan yang baik kepada golongan muda,” ujar Jacobs. -Agensi