suria
mStar - Urban.Versatil

Selera gila! Pembantu pusat jagaan rumah orang tua rogol 3 warga emas sambil rakam video

Pelaku jenayah rogol wajar diberikan hukuman berat agar ia menjadi pengajaran kepada masyarakat. -Gambar hiasan

SEORANG pembantu penjagaan yang merakam aksinya melakukan serangan seksual terhadap tiga wanita warga emas di sebuah rumah orang tua dipenjara selama 21 tahun.

Joshua Springer, 35, mengaku bersalah atas enam pertuduhan rogol di rumah jagaan berkenaan, tiga lagi pertuduhan rogol melibatkan seorang wanita di lokasi lain, serta tiga pertuduhan menghasilkan imej lucah kanak-kanak.

Rumah jagaan orang tua itu terletak di Lincolnshire, United Kingdom.

Springer, yang turut dikenali sebagai Joshua Kearney dari Cornstall Buildings, Stamford, dijatuhi hukuman di Mahkamah Mahkota Lincoln pada Jumaat.

Hakim Simon Hirst berkata kesalahan Springer sangat berat kerana dia mengambil kesempatan terhadap orang tua dan menyebabkan trauma psikologi yang teruk.

“Saya membaca dan mendengar tentang impak perbuatan kamu terhadap keluarga mangsa. Perbuatan itu dilakukan untuk kepuasan seksual sendiri,” kata hakim itu.

Springer juga didaftarkan sebagai pesalah seks sepanjang hayat.

Untuk rekod, perbuatan lelaki itu terbongkar pada 18 Jun tahun lalu apabila seorang rakan sekerja melihat dia sedang mendera salah seorang mangsanya. -Agensi

Artikel Lain

Abang Mimi Lana meninggal dunia