SEORANG wanita yang sedang hamil sembilan bulan membuat laporan polis selepas mendakwa diserang oleh suami serta mentuanya.Berdasarkan laporan itu, Jyothi Pandey, 34, berkahwin dengan Anuraga Pandey pada 2017 di Banaras, Uttar Pradesh, India. Menurut pengadu, dia dijaga dengan baik oleh suaminya sepanjang empat tahun pertama perkahwinan mereka.Namun, dia mendakwa masalah mula timbul apabila dia hamil anak pertama pada tahun 2021.Laporan itu menyatakan suspek beberapa kali bertindak kejam terhadapnya, antara tahun 2021 hingga 2025.ARTIKEL BERKAITAN: Suami pukul isteri dengan dumbel sampai mati… Lokasi kejadian cukup ngeri, kesan darah penuhi lantai dan dindingJyothi juga mendakwa dia pernah diserang secara fizikal oleh ibu bapa mentuanya.Menurut Jyothi, dia terpaksa membuat laporan polis kerana masih dipukul walaupun kini sedang hamil anak kedua.Lebih menyedihkan, dia berkata suaminya melakukan keganasan walaupun kandungannya sudah berusia sembilan bulan.Jyothi membuat laporan polis di Bengaluru selepas mendapatkan kaunseling keluarga secara dalam talian.Polis sudah memulakan siasatan, namun setakat ini suspek belum ditahan. -Agensi