suria

Suami pukul isteri dengan dumbel sampai mati… Lokasi kejadian cukup ngeri, kesan darah penuhi lantai dan dinding

Bunuh diri bukan jalan penyelesaian yang terbaik. -Gambar hiasan

SEORANG lelaki memukul isterinya hingga mati menggunakan dumbel sebelum dia sendiri bertindak membunuh diri.

Menurut polis, mangsa lelaki berusia 48 tahun itu bekerja sebagai jurukimpal, manakala isterinya seorang suri rumah berusia 36 tahun.

Mangsa lelaki dikenali sebagai Basavachari, dan isterinya, Suma.

Kejadian itu terbongkar sekitar pukul 1.30 tengah hari pada Selasa, apabila anak lelaki mereka berusia 14 tahun pulang dari sekolah dan menemui mayat.

Pasangan itu juga mempunyai seorang lagi anak berusia 12 tahun.

Kejadian berlaku di Vijayapura di Bengaluru, India.

Polis berkata mayat Suma ditemui di atas katil di dalam bilik tidur dengan kecederaan parah di kepala.

Kesan darah kelihatan pada cadar, lantai dan dinding, manakala dumbel yang digunakan dalam pembunuhan itu terletak di atas katil.

Basavachari pula ditemui mati di lokasi berdekatan.

Siasatan awal mendapati pasangan yang sering bertengkar itu bergaduh selepas menghantar anak mereka ke sekolah.

Dalam keadaan marah, Basavachari didakwa memukul Suma dengan dumbel dan menyedari isteri sudah mati sebelum dia didakwa membunuh diri. -Agensi

Artikel Lain