suria

Isteri campak bantal luar rumah, halau pasangan waktu malam… Rupanya cemburu rakan sekerja panggil suami ‘baby’

Seorang lelaki mengutip bantal yang dicampak isterinya selepas mereka bertengkar. -Foto Instagram

PERTENGKARAN membabitkan sepasang suami isteri tercetus apabila si isteri mendapat tahu rakan sekerja kepada suaminya memanggil lelaki itu dengan panggilan baby.

Video pertelingkahan mereka itu tukar di media sosial.

Rakaman video itu memaparkan si suami berdiri di tingkat bawah sebuah bangunan berhampiran tempat letak kereta manakala isterinya berada di tingkat satu.

Suara wanita yang hilang sabar itu sangat kuat sehingga boleh didengari orang ramai.

Kejadian itu berlaku di sebuah kawasan perumahan di Singapura. 

"Saya mahu semua orang dengar. Awak mengkhianati saya," jerit wanita itu.

"Dia memanggil semua orang di pejabat dengan panggilan baby. Semua orang," balas suaminya.

Semasa lelaki itu merayu kepada isterinya untuk berhenti bergaduh, dia melemparkan bantal dan bantal peluk.

"Pergi. Pergi daripada saya. Saya tidak mahu berjumpa dengan awak malam ini," jerit wanita itu.

Pada penghujung klip, lelaki itu dilihat mengambil bantal serta bantal peluk sebelum meninggalkan tempat kejadian. -Agensi

Artikel Lain