SEORANG lelaki bertindak 'membakar' anjing peliharaannya hidup-hidup di dalam ketuhar kerana ia tidak berhenti menyalak.
Ketika kejadian, pelaku iaitu James Williamson sedang bertengkar dengan ahli keluarganya.
Dia yang berada dalam keadaan marah bertambah berang apabila anjing jenis Chihuahua itu terus membuat bunyi bising.
Lelaki berusia 44 tahun dari Atmore, Alabama itu kemudiannya memasukkan haiwan itu ke dalam ketuhar panas.
ARTIKEL BERKAITAN: Anjing setia tahap tertinggi... enggan berganjak, sabar tunggu tuan datang ambil! Pemuda sanggup hiking sehari 2 kali nak beri makan
Dia turut menyendal pintu ketuhar dengan kerusi agar anjing itu tidak dapat melepaskan diri.
Sarjan Darrell McMann tiba di rumah Williamson selepas jiran-jiran menghubungi polis kerana terdengar kekecohan yang berlaku.
Apabila pegawai polis itu tiba, dia mendapati anjing itu sudah pun mati akibat dibakar oleh pelaku.
Williamson kini ditahan dan didakwa atas kesalahan jenayah Kelas C. -Agensi
@mstarmalaysia AEON Bank tawar 8x mata ganjaran, pulangan tunai, hadiah menarik dan gamifikasi Neko Missions sempena ulang tahun pertama #beritaditiktok #viral #fyp #sembangentertainment Mozart Minuet with violin(815356) - 松本一策


