suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Tipu punca kematian, suami ditahan polis selepas angkut mayat isteri naik motor

Polis menahan suami mangsa susulan pembunuhan kejam itu. -Foto detikcom

TERDESAK mahu menutup jenayah yang dilakukan, seorang suami tergamak memalsukan punca kematian isterinya sendiri.

Sewaktu kejadian pada Ahad, Hengki, 33, yang bekerja sebagai pemandu peribadi menyerang isterinya sehingga wanita itu meninggal dunia.

Dia kemudiannya mengangkat mayat isterinya menaiki motosikal untuk menunjukkan seolah-olah mangsa meninggal dunia kerana sakit.

"Suspek yang berang mencekik dan memukul isterinya. Mangsa yang ketika itu diangkat dengan pertolongan rakannya ke atas motor," dedah Ketua Polis Bandar Lampung, Pesuruhjaya Kanan Alfret Jacob Tilukay.

Namun, helahnya itu terbongkar setelah ahli keluarga mengesyaki ada kejanggalan terhadap kematian mangsa menerusi kesan lebam yang dijumpai pada badannya sewaktu proses memandikan jenazah.

Suspek kemudian berjaya diberkas di kediamannya pada Isnin.

Sehingga kini, pihak polis giat menjejaki keberadaan rakan subahat Hengri yang sudah dikenal pasti identitinya. - Agensi.

 

Artikel Lain