suria

Tahan sakit 9 jam jari kelingking tersekat dalam tombol pintu

Jari tersepit selepas tombol pintu rosak. -Foto Matichon

SEORANG remaja perempuan terpaksa menahan sakit selama sembilan jam selepas jari kelingkingnya tersekat dalam tombol pintu pada Selasa.

Kejadian berlaku apabila gadis berusia 16 tahun itu cuba membuka pintu biliknya yang rosak dengan memasukkan jari ke dalam tombol.

Jarinya tersekat dan gagal dikeluarkan walaupun dibantu ahli keluarga.

Insiden berlaku di Nakhon Ratchasima, wilayah Isaan di Thailand.

Sejam masih diambil untuk mengeluarkan jari tersepit. -Foto ThaiRathSejam masih diambil untuk mengeluarkan jari tersepit. -Foto ThaiRath

Ahli keluarga terpaksa memecahkan pintu dan membawanya ke hospital sekitar pukul 1.50 pagi dengan tombol pintu masih terlekat pada jarinya.

Keadaan menjadi lebih serius apabila jari gadis itu membengkak akibat tekanan dan kecederaan. 

Pasukan perubatan hospital terpaksa mendapatkan bantuan daripada Yayasan Penyelamat Hook 31 Nakhon Ratchasima yang tiba sekitar pukul 11 pagi dengan peralatan khas termasuk pemotong plasma dan pengisar.

Proses menyelamatkan jari mangsa mengambil masa hampir sejam dengan pasukan penyelamat terpaksa memotong tombol pintu secara berperingkat kerana jari tersekat terlalu dalam.

Doktor turut memberikan tiga suntikan bius bagi mengurangkan kesakitan mangsa sepanjang prosedur dijalankan.

Gadis berkenaan kehilangan sejumlah besar darah sebelum jarinya berjaya dikeluarkan.-Agensi

Artikel Lain