suria

Tujuh sekeluarga maut minum racun sebab stres beban hutang, sedih saudara jutawan enggan bantu

Kesemua mereka didapati meninggal dunia di dalam kereta.

BEBANAN hutang yang tinggi membuatkan tujuh sekeluarga nekad bunuh diri dengan cara minum racun.

Enam daripada mereka ditemukan maut di dalam kereta manakala seorang lagi disahkan meninggal dunia semasa dalam perjalanan ke hospital.

Kejadian dilaporkan berlaku di Haryana's Panchkula di India.

Perkara itu diceritakan sendiri saksi kejadian, Harish Rana selepas dia cuba membantu salah seorang mangsa.

Menurutnya, pada masa itu, dia sedang berjalan-jalan di kawasan sekitar bersama abangnya sebelum bertemu keluarga terbabit yang berada dalam keadaan mencurigakan.

Dia pada awalnya menegur salah seorang mangsa, namun dimaklumkan bahawa mereka sekeluarga sedang berehat.

Menyedari percakapan lelaki itu mencurigakan, dia kemudian menjenguk semula kereta terbabit untuk memeriksa keadaan ahli keluarganya yang lain.

Ketika itulah dia memberitahu seluruh ahli keluarganya bunuh diri kerana minum racun dan telah mati.

"Ketika itu hanya seorang yang masih hidup di dalam kereta, dia cakap semua (ahli keluarga) sedang berehat... tetapi saya mendapati ia mencurigakan dan pergi semula ke kereta itu.

"Saya melihat semua orang muntah di dalam kereta, dia cakap sekeluarga telah membunuh diri dengan meminum racun. 

"Selepas lima minit, dia juga rebah sambil menyatakan keluarganya berhutang, tiada siapa yang menyara mereka... saudara-mara jutawan pun tidak membantu," katanya.

Dalam pada itu, Timbalan Pesuruhjaya Polis Panchkula, Himadri Kaushik, berkata, siasatan lanjut sedang dijalankan.

Mangsa termasuk seorang lelaki berusia 41 tahun, isterinya, ibu bapanya dan tiga kanak-kanak bawah umur. -Agensi

Artikel Lain