suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Padah ceroboh hutan simpan, lelaki 50 tahun maut jadi 'santapan' harimau

Hutan simpan merupakan habitat semulajadi haiwan liar yang harus dipelihara. -Gambar hiasan

TINDAKAN seorang lelaki menceroboh kawasan hutan simpan mengundang padah apabila dirinya menjadi 'santapan' binatang buas.

Kes itu menggemparkan penduduk setempat apabila saksi menemukan sebahagian mayat mangsa pada pagi Selasa.

Menurut saksi, kepala mangsa terpisah daripada jasadnya, malah mereka turut menemukan beberapa tulang tangannya.

Hasil siasatan mendapati mangsa dikenali sebagai Sudarso, berusia 50 tahun dan berasal dari Jawa Tengah, Indonesia.

Dia dilaporkan hilang pada Ahad lalu selepas menceroboh Taman Negara Bukit Barisan Selatan (TNBBS), Lampung Barat.

Sementara itu, Panglima Daerah Tentera (Kodim) 0422 Lampung Barat, Leftenan Kolonel Rinto Wijaya berkata proses pencarian sisa anggota badan mangsa masih giat dijalankan.

"Dia disyaki diserang harimau Sumatera susulan penemuan jejak haiwan berkenaan," jelasnya. -Agensi

Artikel Lain