suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Dakwa dihalang keluar rumah, bekas banduan tertembak isteri di leher hingga maut

Somjade ditahan di sempadan Thailand-Kemboja dalam usaha melarikan diri ke negara jiran. -Foto Sakaeo Reality

SEORANG lelaki mendakwa tidak sengaja menembak isterinya ketika bertengkar di kediaman mereka.

Mangsa, Waew yang berusia 35 tahun sempat dibawa ke hospital untuk menerima rawatan tetapi meninggal dunia pada pukul 10 malam, Selasa lalu.

Suaminya, Somjade, 35, melarikan diri sebaik polis tiba di rumahnya di Mueang Sa Kaeo, Thailand untuk siasatan.

Ketika serbuan dilakukan, polis turut menemui dadah jenis syabu dipercayai milik Somjade.

Siasatan mendapati, Somjade baru saja dibebaskan dari penjara tiga bulan lalu dan bertemu semula dengan isterinya.

Polis mengesyaki motif tembakan adalah cemburu kerana Waew bekerja di Kemboja manakala Somjade tinggal bersendirian di rumah.

Terbaharu Somjade berjaya ditangkap pada Rabu berhampiran sempadan Thailand–Kemboja dengan cubaan melarikan diri ke negara jiran.

Somjade menafikan sengaja menembak isterinya dan menegaskan kejadian itu adalah kemalangan.

Dia mendakwa mereka bertengkar dan ketika bergelut dengan pistol, ia jatuh ke lantai dan tertembak leher Waew.

Lelaki itu juga menafikan dia cemburu sebaliknya pertengkaran bermula kerana Waew menghalangnya keluar dari rumah.-Agensi

Artikel Lain