suria
mStar - Urban.Versatil

Lepas tembak bapa sampai mati, pemuda tanggal semua pakaian... Berbogel sambil tunjuk jari tengah kepada polis

Ketagihan judi boleh membawa perilaku buruk. -Gambar hiasan

TINDAKAN pelik seorang lelaki yang menanggalkan pakaiannya dan berjalan dalam keadaan bogel terjawab apabila dia disyaki membunuh bapanya.

Lelaki berusia 33 tahun itu dihadapkan ke mahkamah pada Ahad atas pertuduhan membunuh bapanya di rumahnya sendiri.

Penyiasat berkata mangsa ditembak sekurang-kurangnya enam kali di belakang dan belakang kepala.

Sebuah gergaji mesin juga ditemui di kaki mangsa, manakala senjata revolver di poketnya tidak digunakan.

Keluarga mangsa menghubungi polis pada pukul 10.30 malam selepas menemukan mayat mangsa.

Mangsa dikenali sebagai Thomas Lawson Sr, manakala suspek dikenali sebagai Thomas Jeffrey Lawson Jr.

Kejadian berlaku di Trail Hollow, McDowell County di Amerika Syarikat.

Selepas membunuh bapanya, suspek berjalan kaki ke arah sebuah kasino.

Dia dilaporkan memasuki bilik mandi kasino, menanggalkan semua pakaian dan keluar hanya memakai topi dan kasut.

Menurut aduan jenayah yang difailkan di Mahkamah Majistret Daerah Kanawha, Lawson Jr. didakwa berjalan ke arah seorang pegawai polis dalam keadaan bogel sepenuhnya di dalam kasino.

Lawson Jr. juga didakwa menunjukkan jari tengah kepada pegawai itu, menjeritkan kata-kata kesat kepadanya, dan melarikan diri.

Menurut pihak berkuasa, Lawson Jr mempunyai masalah ketagihan perjudian dan kerap mengunjungi kasino.

Siasatan juga mendedahkan perbualan teks antara bapa dan anak itu pada hari kejadian, mengenai rancangan untuk menebang pokok sebelum tragedi berlaku.

Lawson Jr. ditahan di Penjara Wilayah South Central tanpa ikat jamin. -Agensi

Artikel Lain