USAHA murni seorang pemilik kedai makan yang membuka pintu rezeki buat golongan 'mak nyah' atau pondan mendapat perhatian netizen.Kisah mengenai peniaga itu yang mengambil golongan pondan bekerja di restorannya dikongsi oleh salah seorang rakannya di Thread. Kebanyakan mereka bertugas sebagai pembantu tukang masak dan pengambil pesanan."Aku ada kawan yang buka kedai makan dan dia ambil pondan menjadi pembantu tukang masak dengan tukang ambil pesanan.Segelintir lelaki gemar memasak dan membuat kerja rumah. -Gambar hiasan"Ada orang tanya kenapa dia ambil pondan, dia jawab aku ambil kerja sebab aku tak mahu dia melacur buat kerja tak senonoh," ujarnya berkongsi cerita.Menurut wanita ini, rakannya bukan sekadar menawarkan gaji malah turut menyediakan kemudahan tempat tinggal buat golongan terbabit.Namun katanya, kesemua mereka perlu mematuhi beberapa syarat yang ditetapkan."Dia siapkan tempat tinggal dengan syarat mereka tak melacur atau pakai baju perempuan sangat.Pemilik kedai makan ambil golongan mak nyah kerja sebagai pembantu tukang masak dan pengambil pesanan.Selain gaji, mereka diberi kemudahan tempat tinggal dengan syarat tertentu.Pekerja selesa, kedai jadi ‘rumah kedua’ walaupun hari cuti.Ada perubahan positif, sesetengah mula bela janggut sebagai tanda perubahan diri.Netizen puji usaha kedai, sokong pendekatan positif terhadap golongan mak nyah.Ringkasan ini dijana oleh AI"Setakat baju-T dan jeans perempuan tu dia bagi ansur-ansur tukar baju," tambahnya sambil menyatakan kebanyakan pekerja rakannya sudah berkhidmat selama beberapa tahun.Ujarnya lagi, layanan dan keprihatinannya membuatkan pekerja selesa menjadikan kedai tersebut sebagai 'rumah kedua' meskipun pada hari cuti."Kalau kedai tutup atau cuti pun mereka masih datang, tak pergi mana-mana. Datang untuk borak-borak."Diaorang cakap kat situ je sisa-sisa yang mereka ada untuk berpegang pada pendirian mereka," kongsinya lagi.ARTIKEL BERKAITAN: Adik lelaki diejek pondan sebab berkulit cerah, kakak ‘terjah’ pembuli dekat perhimpunan sekolah… Jerit depan guru suruh minta maaf!ARTIKEL BERKAITAN: Bapa anak 1 dilabel pondan kerana pandai memasak, buat kerja rumah... Sedih fikir mulut orang - “Mungkin juga sebab saya suka K-pop”Dalam pada itu, dia turut mendedahkan perubahan positif yang berlaku terhadap pekerja-pekerja berkenaan. Malah, ada dalam kalangan mereka yang kini sudah mula membela janggut sebagai tanda perubahan diri, meskipun masih mempunyai lenggok percakapan yang lembut.Rata-rata netizen memuji pendekatan yang diambil oleh pemilik kedai tersebut."Boleh tahu kedai mana? Saya nak support sebab dia ada usaha yang bagus bawa umat Nabi Muhammad ke jalan yang benar."Ini baru betul kena support kaw kaw, tak kisah siapa mereka masa dulu sebab yang penting adalah masa sekarang," demikian reaksi netizen.