SEORANG wanita meraih perhatian ramai di aplikasi Threads selepas berkongsi kisah mengenai pembuli adiknya.
Menurut wanita itu, adik lelakinya diejek dengan gelaran 'pondan' oleh seorang pelajar lain hanya kerana memiliki kulit yang cerah.
Enggan membiarkan perkara itu berlarutan, dia kemudian pergi ke sekolah untuk bersemuka dengan pembuli berkenaan.

Ibu bapa perlu bertindak sekiranya anak berterusan dibuli di sekolah. -Gambar hiasan
"Ada seorang murid selalu panggil dia pondan sebab kulit dia putih merah-merah macam tu. Apa saya buat? Masa Jumaat, ada perhimpunan pagi untuk bacaan Yasin.
"Ada semua murid dan guru. Saya suruh adik tunjuk budak mana suka ejek dan buli dia. Saya jerit suruh budak tu bangun dan minta maaf dekat adik saya.
"Saya cakap sesuatu dengan kuat dan jelas, guru pun tak boleh hentikan saya. Semua orang tengok kami. Adakah saya menyesal? Tidak sedikit pun," kongsi wanita itu.
- Wanita dedah adiknya pernah diejek dengan gelaran pondan di sekolah.
- Wanita itu pergi ke sekolah dan cari pembuli ketika perhimpunan.
- Dia menjerit dan meminta pembuli itu meminta maaf kepada adiknya.
- Ramai netizen puji cara wanita itu 'mengajar' pembuli.
Sejak kejadian itu, dia berkata adiknya serta beberapa lagi mangsa lain sudah tidak dibuli oleh pelajar berkenaan.
Perkongsian wanita itu menerima lebih 3,600 tanda suka (likes) dan turut dihujani ratusan komen netizen.
Rata-rata pelayar Threads memuji tindakan wanita itu yang berani memberi pengajaran kepada pembuli adiknya.
ARTIKEL BERKAITAN: Kes anak dibuli selesai, pelaku dah minta maaf! Ibu pelik guru masih nak 'panjang cerita', sindir murid tanpa asas
ARTIKEL BERKAITAN: “Dia tutup mulut budak tu” - Individu dedah perbuatan terkutuk senior di sekolah, guna populariti ‘makan’ adik angkat
"Ayah saya pun sama. Dia datang sekolah masa perhimpunan dan suruh adik tunjuk pembuli. Bapa aku tampar muka budak tu.
"Saya pun prefer macam ni daripada mak ayah suruh anak balas balik bila kena buli. Biar orang dewasa masuk campur.
"Bertuah si adik dapat kakak pelindung macam awak," tulis beberapa netizen.


