SEORANG wanita tidak dapat menyembunyikan rasa kecewa apabila kehamilannya dijadikan alasan oleh segelintir majikan untuk menolak permohonannya bagi jawatan yang ditawarkan.
"Kenapa ibu mengandung susah dapat peluang kerja kosong?
"Kadang-kadang syarat kelayakan dah lepas," luahnya di Threads.

Pekerja wanita yang hamil akan diberikan cuti bersalin selama tiga bulan. -Gambar hiasan
Lebih menambah rasa terkilan apabila penolakan hanya dimaklumkan selepas dia menghadiri temuduga.
"Apabila hadir temuduga dan maklumkan tentang kehamilan terus cakap, ohh maaf, kami tak terima calon yang sedang hamil," tambahnya.
ARTIKEL BERKAITAN: Wanita naik meluat tengok perangai ‘mak buyung’ mengemis di media sosial... Guna alasan mengidam, takut air liur ‘baby’ meleleh
ARTIKEL BERKAITAN: Baru tiga bulan bersalin, dah disahkan hamil lagi... Wanita terfikir mahu gugurkan kandungan, masih trauma kemaluan koyak
Rentetan daripada pengalaman itu, dia meminta agar golongan majikan menyatakan secara terbuka dalam iklan pekerjaan sekiranya wanita hamil tidak dibenarkan memohon, bagi mengelakkan diskriminasi yang tidak adil.
Baginya, tindakan itu lebih memudahkan semua pihak dan tidak membuang masa penemuduga mahupun calon, terutamanya wanita hamil sepertinya.
- Wanita kecewa kehamilan jadi halangan untuk dapat kerja.
- Dakwa majikan tolak selepas tahu dirinya sedang hamil.
- Harap iklan kerja nyatakan lebih awal calon hamil tak layak mohon.
- Luahan tarik perhatian netizen termasuk golongan majikan.
- Ada yang sokong majikan, kata perlu adil sebab cuti bersalin panjang.
Luahannya itu menarik perhatian ramai termasuk golongan majikan.
"Saya majikan dan upah awak yang hamil, cukup masa awak akan cuti bersalin tiga bulan dan saya wajib bayar gaji awak tapi kerja orang lain kena tanggung. Tolong adil untuk majikan juga.

Warga maya memintanya bersabar dan kembali bekerja selepas bersalin.
"Nanti kita akan cuti bersalin, syarikat terpaksa cari orang untuk ganti kita.
"Letak diri sebagai majikan, awak nak terima ke pekerja yang baru masuk dan tak habis lagi tempoh percubaan terus cuti bersalin," demikian reaksi netizen.
Tidak kurang juga ada yang memberi kata semangat dan mencadangkan supaya dia memohon kerja selepas tamat tempoh berpantang.


