SEORANG lelaki berkongsi pengalaman tidak menyenangkan selepas keluar temu janji pertama dengan kenalan wanita.
Menurutnya, wanita terbabit terus berubah sikap apabila mengetahui dia bergerak ke sana sini menggunakan perkhidmatan e-hailing.
"Bulan lepas aku date dengan seorang (wanita) ni di tempat awam.

Kesesakan trafik membuatkan ramai yang menggunakan perkhidmatan e-hailing. -Gambar hiasan
"Seperti biasa, kami makan-makan dan berbual... dia nampak okay je, berkerjaya dan umur hampir 40 tahun.
"Sebelum balik, dia tanya kereta aku parking di mana dan aku jawablah datang naik e-hailing je," ujarnya di Thread.
Menurut lelaki ini, sejurus mendengar jawapan yang diberikan, wanita terbabit tiba-tiba berubah sikap.
ARTIKEL BERKAITAN: Wanita bongkar sisi hitam ‘dating app’, lelaki imej alim minta tolong onani dalam kereta - “Ingatkan dah jumpa bakal imam”
ARTIKEL BERKAITAN: Lelaki cabut lari ketika ‘first date’! Wanita kena bayar bil makan, balik sendiri - “Dah bagitau saya ni gemuk”
Walhal dia menggunakan perkhidmatan e-hailing kerana kondominiumnya terletak berhampiran dengan KLCC.
"Selepas tahu aku naik e-hailing terus dia nampak berubah dan lepas tu dia macam dingin dengan aku.
- Lelaki kongsi pengalaman ‘date’ pertama yang berakhir dengan kekecewaan.
- Wanita berubah sikap selepas tahu dia datang menaiki e-hailing.
- Lelaki guna e-hailing sebab rumah dekat dengan KLCC.
- Wanita didakwa sindirnya tak mampu dan pentingkan duit.
- Netizen kecam sikap menilai seseorang berdasarkan kereta dan harta.
"Adalah chat juga tapi dalam chat tu dia macam perli-perli aku. Katanya... muka saja tak boleh makan, kena ada duit juga zaman sekarang," tambahnya yang akhirnya menyekat nombor wanita terbabit.
Susulan sikap wanita itu, dia dalam nada berseloroh mempersoalkan kewajaran untuk membawa penyata bank semasa keluar temu janji.

Warga maya turut meluahkan kehairanan dengan sikap wanita terbabit.
Perkongsiannya itu mengundang pelbagai reaksi netizen.
"Kenapa seseorang itu dinilai berduit dengan keretanya? Ada yang berkereta untuk memudahkan dia pergi kerja bukan bermegah.
"Cepat betul dia menilai ya.
"Dia tak tahu ke orang yang naik e-hailing ni kaya," demikian reaksi netizen.


