PADA masa kini setiap kelas di sekolah mempunyai grup WhatsApp khas untuk guru dan ibu bapa berkomunikasi dalam menyalurkan maklumat penting.
Namun bagi seorang wanita yang bekerja dalam bidang perubatan, trend tersebut dianggap gagal mendidik anak-anak untuk bertanggungjawab terhadap hal sekolah mereka sendiri.
Katanya dalam hantaran di Threads, kebergantungan pada WhatsApp group hanya membuatkan murid semakin 'manja' dan meletakkan bebanan di bahu ibu bapa mereka.

Tugas guru dan ibu bapa semakin mencabar dalam mendidik anak bangsa masa kini. -Gambar hiasan AI
"Saya tak suka apabila setiap kelas di sekolah ada grup WhatsApp dan semua pengumuman dibuat dalam tu. Ini termasuk hal berkaitan apa perlu dibawa untuk kelas seni, bila tarikh peperiksaan dan sebagainya.
"Kenapa macam tu? Sepatutnya anak-anak belajar untuk bertanggungjawab terhadap jadual sekolah mereka sendiri. Kena tahu apa yang perlu dibawa dan bila peperiksaan berlangsung.
"Kenapa pula beban ini diletakkan kepada ibu bapa?" soalnya yang membawa maksud hal berkenaan sepatutnya perlu dipikul oleh anak-anak sendiri.
ARTIKEL BERKAITAN: Tambah kerja cikgu… Ibu bapa hadir mesyuarat PIBG minta guru maklum ‘homework’ anak dalam grup WhatsApp
ARTIKEL BERKAITAN: Tanya tak jawab, apa guna grup WhatsApp? Ibu bapa bengang ‘disidai’ guru kelas anak - “Dia abai macam tu je”
Luahan itu mencetuskan pelbagai reaksi dalam kalangan netizen, khususnya golongan ibu bapa dan guru.
Segelintir yang dipercayai dalam kalangan guru-guru cuba mempertahankan kewujudan kumpulan WhatsApp berkenaan kerana ia memudahkan urusan penyampaian maklumat.
Malah kata mereka sikap ibu bapa sendiri yang terlalu tidak percayakan anak masing-masing membuatkan masalah itu tidak berkesudahan.
"Beban kepada ibu bapa? Macam mana pula dengan cikgu yang perlu melayan soalan-soalan ibu bapa dekat grup WhatsApp macam tak ada penghujungnya tu?
- Wanita tak setuju setiap kelas sekolah ada grup WhatsApp guru dan ibu bapa.
- Katanya, ia buat anak-anak jadi manja dan tak belajar tanggungjawab sendiri.
- Dia anggap beban diletakkan pada ibu bapa yang sudah banyak urusan lain.
- Guru dan netizen pula ada yang pertahankan sistem WhatsApp sebagai cara mudah berhubung.
- Wanita itu jelaskan tujuannya cuma nak anak belajar berdikari dan urus hal sekolah sendiri.
"Sesetengah golongan guru dah cuba (tak libatkan ibu bapa) tapi akhirnya sakit kepala apabila ramai pelajar tak bawa bahan pelajaran, terutama sekali bagi murid sekolah rendah.
"Itu tanggungjawab ibu bapa untuk cakna tentang pelajaran termasuklah ambil tahu mengenai jadual sekolah anak. Awak boleh pilih untuk keluar daripada grup kalau rasa pelajaran anak tu satu beban," komen beberapa netizen.
Susulan daripada pelbagai respons diterima susulan pandangannya, wanita berkenaan membuat hantaran balas menjelaskan mengenai luahan tersebut.

Sesetengah komen netizen pada hantaran asal.
"Saya tak faham kenapa ramai cikgu terasa. Saya bukan salahkan guru. Maksud saya, tanggungjawab tu patut dikembalikan kepada anak-anak... bukan ibu bapa atau guru.
"Nak kena bawa apa, anak sendiri kena ingat. Kalau terlupa, biarlah kena denda. Tarikh cuti atau hari peperiksaan pun biar mereka tahu dan maklumkan sendiri kepada ibu bapa.
"Apabila ada WhatsApp grup, budak-budak jadi malas sebab rasa mak ayah akan ambil tahu untuk mereka. Bagi saya itu tak patut berlaku. Kita kena ajar mereka erti tanggungjawab daripada sekarang," jelasnya sambil menegaskan agar grup WhatsAppa perlu dimansuhkan segera.


