UMPAMA jatuh ditimpa tangga.
Begitulah yang dialami lelaki ini dan isterinya semasa dunia dilanda wabak Covid-19 beberapa tahun lalu.
Lebih menyedihkan apabila dalam situasi genting itu, tiada saudara mara yang tampil membantu.
"Semasa Covid-19, isteri terpaksa jual emas dan aku pula terpaksa jual kereta serta motosikal, rumah pun kena lelong sebab tak mampu bayar.

Ramai pekerja yang diberhentikan semasa wabak Covid-19 melanda dunia. -Gambar hiasan
"Dua orang (saya dan isteri) kena buang kerja serentak, kena buang keluarga sendiri sebab tak berduit," ujarnya di laman Thread mengimbas kenangan lalu.
Mengakui berjaya bangkit semula pada 2023, dia dan isteri kini menjalani kehidupan selesa dengan pendapatan puluhan ribu ringgit sebulan.
Lebih menggembirakan apabila rumah tangga mereka turut diberkati dengan kehadiran cahaya mata pada awal September lalu.
ARTIKEL BERKAITAN: Wanita terkejut adik-beradik ipar berperangai aneh, berani masuk bilik selongkar pakaian... Terus sarung jika berkenan!
ARTIKEL BERKAITAN: Hina kediaman flat baru dibeli, menantu beranikan diri ‘menjawab’ sampai mentua terdiam - “Macam rumah hantu”
"Selepas 2023, hidup kembali stabil, aku dan isteri dapat kerja dengan gaji lima digit.
"Dikurniakan seorang anak awal pada September," tambahnya.
Dia yang gembira dengan kehidupan terkini bagaimanapun berada dalam situasi dilema apabila menerima mesej daripada ahli keluarga yang pernah menghinanya suatu ketika dahulu.
- Pasangan suami isteri hilang kerja semasa Covid-19 hingga terpaksa jual harta dan rumah dilelong.
- Tiada ahli keluarga tampil membantu ketika mereka dalam kesusahan.
- Kini hidup stabil semula dengan gaji lima angka dan dikurniakan cahaya mata.
- Ahli keluarga yang pernah menghina kini datang meminta bantuan kewangan.
- Netizen nasihat agar dia memaafkan dan bantu sekadar kemampuan.
Lebih mengejutkan, individu tersebut meminta bantuan kewangan bagi urusan perubatan anak.
"Hari ini salah seorang famili yang hina kami mesej untuk pinjam duit bagi urusan perubatan anak dia.
"Aku blue tick saja, tak mampu nak padam pedih dihina... adakah aku jahat?" ajunya sangsi dengan keputusan yang dibuat.

Antara reaksi netizen pada pertanyaannya.
Kisahnya itu mengundang pelbagai reaksi dalam kalangan netizen dengan kebanyakannya menasihatkan supaya dia memaafkan dan membantu sekadar yang mampu.
"Terpulang pada kau, nak tolong, tolonglah tapi kalau aku bukan bluetick tapi terus tak buka. Cuma itu antara ujian yang perlu kau hadapi.
"Bukan jahat tapi dalam kamus aku adalah social distancing. Aku akan sedekah apa yang termampu kalau dari awal mereka baik dengan aku.
"Aku akan terus cakap tidak tapi mak selalu pesan... orang buat kita, kita jangan balas yang sama," demikian reaksi netizen.


