SIAPA sangka perjalanan individu yang dijulang sebagai wajah ‘mesra Barat’ Libya akan berakhir dengan tragedi menyayat hati.Merupakan anak kepada bekas pemimpin Libya Muammar Gaddafi, sosok berkarisma Saif al-Islam Gaddafi disahkan maut pada Selasa selepas terlibat dalam satu konfrontasi secara langsung apabila sekumpulan lelaki bersenjata menceroboh kediamannya. Insiden tersebut disahkan oleh pejabatnya, namun butiran lanjut mengenai kejadian berkenaan tidak didedahkan.Kematian Saif al-Islam di usia 53 tahun bukan sahaja mengundang perhatian dunia, malah mengimbau semula perjalanan hidup penuh kontroversi seorang figura yang pernah digelar harapan masa depan Libya.Ini lima fakta menarik tentang 'putera reformasi' tersebut.1. Terlibat dalam dasar dan polisi Libya ketika pemerintahan Muammar GadafiWalaupun tidak pernah memegang jawatan rasmi dalam kerajaan, dia dianggap antara figura paling berpengaruh di negaranya.Malah, ketika pemerintahan bapanya selama hampir empat dekad, dia menjadi individu penting yang membentuk dasar serta pengantara utama dengan kerajaan Barat.2. Merupakan anak kesayangan Muammar GaddafiDia sering dilihat sebagai pewaris kepimpinan Libya dan wajah baharu yang lebih progresif berbanding bapanya.ARTIKEL BERKAITAN: Anak Muammar Gaddafi ditembak mati dalam rumah3. Berjiwa BaratBerbeza dengan bapanya yang sering berpakaian tradisional atau seragam tentera yang pelik, Saif al-Islam lebih selesa dengan imej moden.Malah gaya hidupnya yang sofistikated dan hubungan akrab dengan pemimpin Barat membuatkan dia pernah dianggap sebagai 'wajah mesra' Libya di mata dunia.Tambahan pula dia berkelulusan London School of Economics (LSE) dan sangat fasih berbahasa Inggeris.4. Ejen perdamaian Sebelum konflik 2011, Saif adalah individu penting yang cuba membersihkan nama Libya. Dialah watak utama yang memujuk bapanya untuk menghentikan program senjata pemusnah besar-besaran (WMD). Bukan itu sahaja, dia memainkan peranan penting dalam rundingan pampasan untuk keluarga mangsa pengeboman Pan Am Penerbangan 103 1988 di Lockerbie, Scotland.5. Daripada putera reformis kepada 'arkitek' perangKebangkitan rakyat dalam pemberontakan menentang Muammar Gadafi pada 2011 meruntuhkan imej 'perdamaian' Saif.Dia yang dahulunya dilaungkan sebagai pejuang hak asasi manusia tiba-tiba berubah menjadi penyokong kuat bapanya. Pernah ditahan selama kira-kira enam tahun oleh militia di Zintan. -Foto BBCMalah dia didakwa mengeluarkan amaran keras bahawa 'sungai berdarah' akan mengalir dan menggelar penunjuk perasaan sebagai 'tikus'.Dalam temubual bersama Reuters pada masa itu, dia menyatakan: Kita berjuang di sini di Libya, kita mati di sini di Libya.Menerusi ucapan yang disiarkan di televisyen, dia turut memberi amaran: Seluruh Libya akan musnah. Kita memerlukan 40 tahun untuk mencapai persetujuan tentang cara mentadbir negara, kerana hari ini, semua orang mahu menjadi presiden, atau emir, dan semua orang mahu mentadbir negara.Imej 'anak muda liberal' itu terus terkubur dan digantikan dengan imej panglima perang.6. Pernah menyamar sebagai suku Badawi untuk melarikan diriSelepas kejatuhan rejim bapanya, Saif cuba melarikan diri ke negara jiran, Niger sehingga sanggup menyamar sebagai lelaki suku Badawi untuk mengelakkan diri daripada dikesan.Namun, helahnya gagal apabila dia ditangkap oleh militia Briged Abu Bakr al-Sadiq dan dibawa ke bandar Barat Zintan, kira-kira sebulan selepas bapanya dibunuh oleh pemberontak. Dia kemudiannya menghabiskan masa kira-kira enam tahun dalam tahanan rahsia sebelum 'muncul semula' dalam arena politik.7. Strategi politik macam 'striptease'Semasa membuat kemunculan semula untuk bertanding jawatan Presiden pada 2021, Saif menggunakan taktik psikologi yang pelik. Menerusi satu sesi temubual, dia menyamakan kepulangannya ke arena politik seperti persembahan 'striptease' iaitu muncul perlahan-lahan untuk bermain dengan minda dan emosi rakyat yang merindui kestabilan zaman dahulu (semasa pemerintahan Muammar Gadaffi).