suria

“Kena sembah cikgu senior ke?" - Pendidik Gen Z tak suka budaya lapuk beramah mesra di sekolah... Nak terus balik lepas kerja

Sikap hormat-menghormati rakan sekerja ialah teras budaya kerja positif demi meningkatkan produktiviti. -Gambar hiasan AI

KELUHAN golongan pendidik senior mengenai sikap guru baharu yang dikatakan 'berat mulut' dan tidak bertegur sapa mengundang pelbagai reaksi netizen.

Antaranya seorang guru muda apabila dia tampil mempertahankan pendirian segelintir individu  yang lebih selesa memisahkan urusan kerja dan hubungan peribadi di sekolah.

Malah selaku generasi Z, dia menegaskan sekolah adalah tempat bekerja bagi menunaikan tanggungjawab mendidik murid dan bukanlah bertujuan untuk beramah mesra.

"Terbaca ada cikgu senior mengeluh tentang cikgu baharu yang tak bertegur sapa dengan senior.

Guru mempunyai tanggungjawab untuk menyampaikan ilmu dan membentuk akhlak serta sahsiah murid. -Gambar hiasan

Guru mempunyai tanggungjawab untuk menyampaikan ilmu dan membentuk akhlak serta sahsiah murid. -Gambar hiasan

"Maksudnya memang masuk sekolah kena datang sembah cikgu senior ke?

"Aku sebagai gen Z, memang datang sekolah untuk bekerja, bukan beramah mesra," ujarnya di Thread.

Menurut wanita ini, dia juga mengamalkan pendekatan untuk terus pulang ke rumah selepas habis waktu kerja.

Namun malangnya, tingkah laku tersebut menjadi bahan sindiran cikgu senior di sekolahnya.

  • Cikgu senior luah rasa terkilan guru baharu tak bertegur sapa.
  • Guru gen Z tampil pertahan prinsip kerja, bukan beramah mesra.
  • Amalkan pulang tepat waktu, urusan kerja saja jadi bahan sindiran.
  • Hadkan pergaulan elak budaya mengumpat rakan sekerja.
  • Netizen berbelah bahagi, ada tekankan adab dan hormat senior.

"Habis waktu kerja, balik dan berborak pun atas urusan kerja.

"Aku pernah kena perli dengan cikgu senior sebab balik awal, tapi aku tadah je," tambahnya yang memilih untuk berdiam diri bagi mengelakkan konflik antara rakan setugas.

Dalam pada itu, dia mengakui sengaja mengehadkan batas pergaulan kerana tidak selesa dengan budaya mengumpat sesama rakan sekerja yang pernah disaksikannya sendiri.

"Memang kena cipta boundaries sebab ada cikgu yang kutuk kawan baik sendiri depan aku.

ARTIKEL BERKAITAN: Pekerja Gen Z ‘hilang’ lepas sebulan kerja, senior risau jika tiba-tiba jatuh sakit... Status WhatsApp bongkar segalanya

ARTIKEL BERKAITAN: Perangai pendidik gen Z mengadu hal murid di media sosial buat ramai hilang hormat - “Matanglah sikit cikgu!”

"Jadi tak mustahil aku pun jadi bahan umpatan mereka," luahnya  berkongsi situasi yang pernah berlaku.

Perkongsiannya itu mengundang reaksi pelbagai daripada netizen dengan kebanyakannya berpendapat adab dan kemesraan sesama rakan sekerja tetap perlu dijaga demi suasana kerja yang harmoni.

"Tak ada orang suruh sembah, itu namanya adab, dah masuk tempat orang... tak payahlah buat muka sombong.

"Saya memang 'sembah' kerana mereka akan kongsikan unlimited ilmu kawal kelas, ragam murid, tip skor budak malas paling mudah dan cara nak bagi murid hormat kita," demikian reaksi netizen.

Artikel Lain