SEORANG wanita meluahkan rasa kecewa apabila teh lemon ais (ice lemon tea) yang dipesannya di sebuah restoran dihidangkan dalam gelas plastik.Menurutnya, minuman tersebut berharga RM15, jauh lebih mahal berbanding harga yang dijual di kedai biasa. Dia menegaskan jika restoran itu mengenakan harga tinggi untuk hidangan yang dijual, perkhidmatan setaraf harga wajar diberikan termasuk penggunaan gelas yang sesuai.Pelanggan hanya inginkan perkhidmatan terbaik setanding dengan harga yang dibayar. -Gambar hiasan AI"Berani sungguh mereka hidang 'ice lemon tea' RM15 dalam gelas plastik. Kalau saya pemilik F&B, memang malu."Pekerja bagi alasan kehabisan gelas, tetapi percayalah, restoran tu tak penuh pun pada masa tu," kongsinya.ARTIKEL BERKAITAN: Nak tahu kedai makan guna pelaris, ada unsur sihir? Pemuda suruh tengok kucing sekitar premisARTIKEL BERKAITAN: [V] Dimarahi sebab main dron, suami isteri dedah hakisan tanah di kedai makan Jalan Simpang Pulai–Cameron HighlandPerkongsian itu menarik perhatian netizen yang mempertikaikan perkongsiannya, mendakwa jika wanita itu ke ke kafe popular lain dia mungkin juga dihidang dengan cara serupa.Wanita itu kemudian membalas komen netizen dengan menyatakan hanya dia dan tiga rakan lain sahaja dihidangkan dengan gelas plastik pada ketika itu. Wanita kecewa teh limau RM15 dihidang dalam gelas plastik.Harga mahal sepatutnya disertai perkhidmatan setaraf.Pekerja beri alasan kehabisan gelas, walhal restoran tidak penuh.Hanya minuman mereka berempat dihidang dalam gelas plastik, orang lain guna gelas kaca.Dia akui bayar harga mahal tapi penggunaan plastik tetap pelik.Ringkasan ini dijana oleh AI"Masalahnya, mereka masih menggunakan gelas kaca untuk minuman lain, tetapi untuk empat pesanan kami, mereka hidang dalam gelas plastik dengan alasan gelas habis."Saya tak persoalkan jika mereka memang biasa menggunakan plastik seperti kedai mamak atau Starbucks. Faham?" katanya.Wanita itu juga menegaskan, jika pekerja sedar pelanggan sudah mempersoalkan tentang penggunaan gelas plastik, mereka sendiri patut menukarnya tanpa perlu diminta."Saya tak kisah nak bayar kerana semua orang tahu restoran itu mahal. Tapi sedikit pelik bila guna gelas plastik," katanya.