RAMAI pasangan melakukan sesi fotografi kehamilan atau 'maternity shoot' untuk mengabadikan detik-detik bermakna sebelum menyambut kehadiran cahaya mata.Namun di Thread, seorang pemuda meluahkan rasa kurang senang apabila foto wanita sarat mengandung dengan bahagian tubuh tertentu yang menonjol dikongsi secara terbuka di media sosial. Dalam hantaran itu, dia turut memberi nasihat kepada para suami agar lebih tegas dalam mendidik isteri tentang batas aurat yang perlu dijaga.Segelintir wanita turut berkongsi foto kit ujian kehamilan mereka di media sosial. -Gambar hiasan AI"Minta maaf. Kalau anda orang Islam, tak perlu buat maternity shoot. Apatah lagi siap upload bagi ajnabi tengok bentuk payudara, perut dan pusat terjojol."Minta tolong orang lelaki dan para suami tegas dalam hal ini. Jadilah seorang lelaki. Kamu adalah imam untuk seorang isteri. Kalau saya label berdosa, kamu marah pula," tulisnya.Di ruangan komen, seorang wanita turut berkongsi pandangannya berhubung hal itu dan memberi saranan agar foto-foto sedemikian disimpan untuk tatapan peribadi sahaja.Pemuda tegur golongan suami agar lebih tegas dalam bab aurat isteri.Dia membuat teguran kepada pasangan yang berkongsi gambar 'maternity shoot' di media sosial.Pemuda itu kurang senang lihat tubuh wanita menonjol menerusi foto-foto yang dikongsi secara terbuka.Ada yang memberi saranan agar gambar sedemikian disimpan untuk tontonan peribadi sahaja.Ringkasan ini dijana oleh AI"Semoga para suami buka mata sikit tentang hal ini. Makin lama dah jadi normalisasi pula dalam kalangan umat Islam."Kalau nak jaga privasi dan maruah, buatlah maternity photoshoot tu hanya untuk kenangan sendiri. Boleh upah jurufoto perempuan atau dalam kalangan keluarga yang mahram."Kalau nak kongsi di media sosial, pilihlah gambar yang tak mengaibkan diri dan bersesuaian dengan garis agama," tulis wanita itu pula.ARTIKEL BERKAITAN: “Aku lelaki, ada nafsu!” - Pemuda terlanjur dengan kakak ipar sampai mengandung, menyesal tak terdaya tolak godaanARTIKEL BERKAITAN: Isteri hamil 5 bulan risau suami boros, tiada wang simpanan! Nafsu makan kuat, 'melantak' sampai nak pecah perutBeberapa lagi pelayar Thread turut menyatakan rasa setuju dengan pandangan yang dilontarkan oleh dua individu itu."Kita jenis teringin nak buat. Tapi nasiblah ada suami jenis tak sporting dan tak minat benda macam ni. Kalau tak mesti dah hanyut sekali."Setuju. Kalau nak buat sangat, boleh, tapi jangalah kongsi di media sosial sampai satu negara boleh tengok. Simpan untuk laki bini je."Sekarang ni ada manusia perangai mengalahkan syaitan. Tengok wanita mengandung pun bernafsu," tulis beberapa netizen.