suria

Isteri hamil 5 bulan risau suami boros, tiada wang simpanan! Nafsu makan kuat, 'melantak' sampai nak pecah perut

Suami isteri perlu membuat persediaan kewangan sebelum menimang cahaya mata. -Gambar hiasan AI

PASANGAN yang bakal menimang cahaya mata perlu bersedia dari pelbagai aspek termasuk mental, fizikal dan kewangan.

Di Thread, seorang wanita tular selepas berkongsi kisah suaminya yang langsung tidak memiliki simpanan bagi menyambut kelahiran zuriat tidak lama lagi.

"Tengah mengandung tapi suami satu sen pun tiada simpanan untuk baby. Hari-hari saya bagi bekal makanan untuk jimat. Tapi hari-hari juga dia beli jajan.

Banyak persediaan perlu dibuat bagi menyambut kelahiran anak. -Gambar hiasan AI

"Dah nak lima bulan aku mengandung. Dia tak pandai urus duit. Aku nak tolong urus, tapi dia masih boros. Dia bukannya budak lagi. Penatlah. Kalau tegur, aku kena balik," luahnya.

Menurut wanita itu, usia kandungannya kini sudah memasuki lima bulan.

Dalam hantaran sama, dia mendakwa suaminya juga terikut-ikut perangai boros rakan-rakannya yang masih bujang.

  • Wanita luah rasa kecewa suami langsung tiada simpanan wang.
  • Wanita itu risau kerana dia bakal melahirkan anak tidak lama lagi.
  • Dia berkata suaminya juga boros dalam berbelanja.
  • Wanita itu berkata suaminya gemar membeli makanan dalam kuantiti berlebihan.

"Dia ikut member yang bujang order makanan walaupun tak ada duit. Sanggup pula dia pinjam duit member. Hari-hari keluar sarapan dengan member.

"Memanglah setakat roti canai je. Orang normal makan sekeping dua, tapi dia bedal sampai enam keping roti telur hari-hari. Kenapa la tak reti berjimat, padahal dah nak ada baby.

"Dia ikutkan sangat nafsu makan. Islam ajar makan sampai sebelum kenyang. Tapi dia makan sampai nak pecah perut," luah wanita itu panjang lebar.

ARTIKEL BERKAITAN: “Aku lelaki, ada nafsu!” - Pemuda terlanjur dengan kakak ipar sampai mengandung, menyesal tak terdaya tolak godaan

ARTIKEL BERKAITAN: Wanita 'auto' ceria dapat tahu kakak ipar keguguran, sebelum ni muka masam mencuka sebab tak suka hamil serentak

Di ruangan komen, ramai netizen meluahkan rasa simpati terhadap wanita itu yang dianggap sudah tersilap memilih pasangan hidup.

"Ni jenis kahwin sebab nafsu. Tak bersedia nak ada anak. Dia harap isteri jaga 100 peratus.

"Sebab tu mak saya pesan perempuan kena ada duit sendiri. Kalau suami buat perangai, kita boleh bawa diri," tulis beberapa individu.

 

Artikel Lain