JIRAN yang baik adalah satu rezeki yang tidak ternilai harganya.Seorang wanita bersyukur apabila jirannya bukan sahaja menjaga adab hidup berjiran malah sangat bertimbang rasa walaupun berbeza agama dan bangsa. "Hujung minggu ni jiran nak buat majlis perkahwinan, jadi dia hubungi dan tanya khemah saya masuk satu kaki dekat gate awak okay tak?"Aku ingat satu kaki macam mana, sekali tengok... ni kaki semut (ruang saiz kecil)," selorohnya di Thread.Hidup berjiran perlu saling bertoleransi dan bertimbang rasa. -Gambar hiasanMenurutnya, ruangan yang digunakan jiran tersebut hanyalah sedikit dan tidak mengganggu aktiviti hariannya sekeluarga.Mengimbau sikap jirannya itu, dia mendedahkan bahawa individu tersebut sanggup menunggu kepulangannya bagi membersihkan sisa habuk mercun yang telah memasuki laman rumah."Semasa mereka main mercun pada sambutan Tahun Baru Cina (CNY) yang lalu, suami dia tunggu saya balik sebab nak masuk porch untuk tolong sapukan."Sikit-sikit tu kita sapu sendiri je la, kalau banyak baru kita minta dia 'pakej' sapu dan basuh sekali," katanya lagi sambil memuji sikap bertanggungjawab jiran tersebut.Wanita syukur dapat jiran bertimbang rasa walau berbeza agama dan bangsa.Jiran minta izin khemah kahwin masuk sedikit kawasan pagar.Pernah tolong bersihkan habuk mercun di porch rumahnya.Turut minta izin bina tembok dan siap cat bahagian rumah jiran.Netizen puji keharmonian hidup berjiran, anggap satu rezeki.Ringkasan ini dijana oleh AIMalah, jirannya juga pernah meminta izin untuk meninggikan tembok rumah dengan 'pakej' mengecat bahagian binaan di kawasan rumahnya ketika baru berpindah.Keharmonian hidup berjiran membuatkan wanita ini menzahirkan rasa bersyukur yang tidak terhingga.Tambahan pula, jirannya itu berlainan bangsa dan agama."Jiran depan rumah aku pun non-Muslim juga, masa Deepavali hari tu dia ajak datang dan sanggup buat tempahan makanan dari kedai mamak berhampiran rumah.ARTIKEL BERKAITAN: Rumah sebelah buat renovasi, jiran tetangga tahan amarah! Selamba biar pasir, sisa simen berlonggok tak kemasARTIKEL BERKAITAN: Bukan sombong tapi elak tambah dosa! Suami buka cerita punca isteri enggan bersosial sesama jiran"Jadi kita tak was-was nak makan. Mak dia pula buat chai masala sedap sangat sampai terpaksa minta resipi," tambahnya lagi.Perkongsiannya itu mendapat reaksi positif daripada warga maya yang rata-ratanya kagum dengan semangat kejiranan yang ditunjukkan."Jiran macam ni yang kita mahu, ada common sense."Dapat jiran bertimbang rasa dan memahami pun satu rezeki," demikian reaksi netizen.