suria

Hidup 'berperang' bayar 'loan', besarkan anak! Wanita cemburu lihat geng bujang bebas, mujur suami pandai ambil hati

Pasangan suami isteri tidak lekang dari ujian kewangan. -Gambar hiasan AI

KEHIDUPAN selepas berkahwin sememangnya menuntut pengorbanan yang besar, terutama dari segi kewangan dan masa. 

Sedang berdepan situasi tersebut, seorang wanita meluahkan rasa cemburu apabila melihat rakan-rakan yang masih bujang dapat melancong atau bercuti ke banyak destinasi.

"Sejujurnya, cemburu gila dengan single circle (geng bujang) aku yang dah melancong banyak negara.

"Aku dan suami pula tengah 'berperang' bayar loan dan besarkan anak," luahnya di Thread.

Pinjaman kewangan sering menjadi punca masalah rumah tangga. -Gambar hiasan AI

Pinjaman kewangan sering menjadi punca masalah rumah tangga. -Gambar hiasan AI

Meskipun berasa gusar dan kecewa, namun dia menzahirkan rasa gembira apabila suami faham perasaannya dan pandai memujuk.

Suami cuba menenangkan dirinya dengan memberi gambaran bahawa kesulitan yang dialami mereka akan berkurangan selepas enam tahun.

"Suami cakap it's okay sayang, lagi enam tahun je pinjaman perumahan kita akan habis.

"Rumah, kereta dan personal loan pun sudah habis bayar.

  • Isteri cemburu lihat rakan bujang bebas melancong.
  • Akui hidup selepas kahwin fokus bayar hutang dan besarkan anak.
  • Suami tenangkan, beri harapan enam tahun lagi beban selesai.
  • Impi suatu hari dapat honeymoon dan nikmati kebebasan.
  • Netizen beri semangat, ingatkan setiap orang ada garis masa sendiri.

"Anak dah sekolah nanti, kita boleh honeymoon," wanita itu berkongsi kata-kata positif suaminya.

Pada masa sama dia turut berharap agar penantian dan kesabarannya membuahkan hasil yang manis suatu hari nanti.

"Ya Allah, semoga penantian ini berbaloi ye," ujarnya mengharapkan impian untuk menikmati kebebasan melancong tercapai setelah melangsaikan segala bebanan hutang.

ARTIKEL BERKAITAN: Suri rumah dedah 'rahsia' zaman kanak-kanak... Cemburu tengok rakan cantik, terurus dijaga ibu tak bekerja

ARTIKEL BERKAITAN: Patut la muka monyok, rupanya cemburu kawan dapat bonus sebulan gaji - “Mereka tu kerap MC, EL pun ada!”

Perkongsiannya itu mengundang pelbagai reaksi netizen yang rata-ratanya memberikan kata-kata semangat dan menganggap setiap orang mempunyai garis masa kehidupan yang berbeza.

"Betul cakap suami awak, saya dan isteri pun struggled semasa baru berkahwin sebab ada dua pinjaman.

"Bersyukur kak, jangan bandingkan kehidupan kita dengan orang lain.

"Membandingkan adalah 'musuh' kepada rasa bahagia dan ketenangan," demikian antara reaksi netizen.

Artikel Lain