Ibu bapa mentua perlu mengambil berat dan menjaga kebajikan cucu dan menantu jika anak mereka meninggal dunia. -Gambar hiasan AI
SELEPAS pemergian suami tercinta, hubungan antara menantu dan keluarga mentua kebiasaannya akan menjadi renggang. Namun berbeza pula kisah wanita ini apabila ikatan kekeluargaan yang terbina, masih kekal utuh. Malah ibu mentuanya sentiasa mengambil berat kebajikan dirinya dan anak-anak."Banyak kali mak mentua aku hubungi, macam-macam dia tanya pasal urusan sekolah anak-anak dan keadaan semasa.Setiap lelaki mahu hubungan antara ibu dan isterinya rapat. -Gambar hiasan AI"Dia suruh aku datang keesokannya sebab dia nak bagi duit walaupun tak pernah sekali pun aku minta sejak arwah suami meninggal."Mereka yang akan cari dan hubungi aku, ilmu agama mereka memang 'tip top'," luahnya di Thread.Dia yang mengakui selesa dengan keluarga mentuanya bagaimanapun terkejut apabila diajukan soalan 'cepumas' iaitu mengenai teman lelaki.Menurutnya, soalan itu diajukan secara spontan semasa dia singgah di rumah kakak iparnya.Wanita kematian suami, tapi hubungan dengan mentua masih rapat.Ibu mentua kerap hubungi, ambil berat dan hulur bantuan.Terkejut bila ibu mentua tanya tentang teman lelaki.Mentua beri sokongan cari pengganti, siap bergurau soal harta.Netizen puji mentua baik, beradab dan tak pentingkan diri.Ringkasan ini dijana oleh AIBukan sahaja tidak menghalang, ibu mentuanya seolah-olah memberikan sokongan penuh sekiranya dia ingin mencari pengganti kerana memahami usianya yang masih muda."Ibu mentua tanya aku, dah ada BF (teman lelaki) ke? dan aku terus jawab tak ada."Dia cakap kalau ada dia nak 'scan' sama ada boleh tandingi anak dia atau sebaliknya," kongsinya yang terharu dengan keprihatinan ibu mentua.Tambah wanita ini, ibu mentua juga sempat berseloroh mengenai harta pusaka sekiranya dia bertemu jodoh baharu.ARTIKEL BERKAITAN: Umur 70 tahun masih toksik, nak kongkong semua perkara... Anak nekad pindah dari rumah ibu, mahu jaga mental isteriARTIKEL BERKAITAN: Ibu bapa sendiri toksik, hanya tahu minta duit... Wanita hidap MDD stres, mujur ada mentua tempat bergantung"Mak aku cakap kalau kamu kahwin, mak tukar semua bahagian (harta) mak kepada anak-anak kamu. Mak memang baik, kami berdua dah jadi balu jadi kami memahami," ujarnya.Rata-rata netizen yang membaca perkongsian tersebut memuji sikap keluarga mentuanya yang dianggap tidak mementingkan diri."Rasa sayang pula dekat ibu mentua awak, kirim salam pada dia."Ini yang kita mahu, asyik kisah mak mentua toksik je," demikian antara reaksi netizen.