suria

Wanita penat hadap sikap ipar ‘joykiller’, tak boleh tengok orang lain lebih! Iri hati setiap kali anak dipuji

Individu yang bersikap 'joykiller' tanpa sedar menjejaskan emosi orang sekeliling. -Gambar hiasan AI

MEMANG tidak dinafikan, ada segelintir individu yang sukar menerima situasi apabila melihat orang lain diberi perhatian atau pujian.

Sikap sebegini akan mencetuskan rasa kurang senang sama ada dalam hubungan kekeluargaan atau persahabatan.

Sikap suka membanding-bandingkan anak boleh mencetuskan tekanan dan hubungan yang tidak sihat dalam keluarga. -Gambar hiasan AI

Demikian juga dengan kisah yang dikongsikan oleh wanita ini mengenai sikap iparnya yang disifatkan sebagai joy killer, khususnya apabila melibatkan anak-anak.

Menurut wanita tersebut, iparnya dilihat tidak selesa setiap kali anaknya menerima pujian daripada orang sekeliling.

ARTIKEL BERKAITAN: Ipar suka 'stalk' media sosial, adu domba... Wanita tertekan sikap toksik keluarga mentua

ARTIKEL BERKAITAN: Anak degil, lebih dengar cakap ipar sebab dimanjakan... Wanita sedih peranan seorang ibu ‘hilang’ di rumah sendiri

"Bila ada orang puji anak saya, contohnya orang cakap anak saya behave je dia terus cakap, behave apanya tadi nangis tak berhenti.

"Orang cakap la apa pun mesti dia terus 'cantas'," kongsinya.

Wanita itu mengakui iparnya sudah lama bersikap sedemikian dan berulang kali membuatkan dia berasa kurang selesa. 

Namun demi menjaga keharmonian hubungan kekeluargaan, dia memilih untuk berdiam diri dan tidak membalas biarpun iparnya suka membanding-bandingkan anak mereka. 

  • Seorang wanita berkongsi kisah iparnya yang tidak senang apabila anaknya menerima pujian.

  • Iparnya sering 'mencantas' pujian orang lain terhadap anaknya dengan komen negatif.

  • Situasi tersebut berlaku berulang kali, membuatkan wanita itu berasa kurang selesa.

  • Sebaliknya, iparnya kerap memuji dan membesar-besarkan kelebihan anak sendiri.

  • Wanita itu meminta pandangan netizen tentang cara berdepan situasi tersebut.

"Kalau anak dia, berdegar-degar ya cerita dekat orang, terpaling pandai, terpaling behave, bagus itu ini. Pantang ya kalau ada orang puji, dia dok ulang cerita tu berhari-hari la. 

"Tapi ni dah 2026, rasa macam boleh dah saya rebel sikit kot. Macam mana nak deal dengan orang macam ni ya," tulisnya meminta pandangan netizen.

Sebahagian komen netizen.

Perkongsian wanita itu nyata mencuri perhatian ramai, khususnya dalam kalangan ibu bapa yang mengakui pernah berdepan situasi hampir sama dalam lingkungan keluarga sendiri.

Mereka turut tampil memberikan pandangan serta nasihat, dengan ada yang menyarankan agar wanita itu lebih berani menetapkan batasan demi menjaga emosi dan kesejahteraan diri.

Artikel Lain