Kekangan kewangan menyebabkan ramai individu tidak mampu untuk melancong ke luar negara. -Gambar hiasan AI
MELANCONG sering dilihat sebagai hobi yang memerlukan perbelanjaan tinggi dan tidak mampu dinikmati oleh semua golongan.Di Thread, seorang pemuda meraih perhatian ramai selepas berkongsi kisah tentang dirinya yang seumur hidup tidak pernah bercuti sendiri ke luar negara. Menurut pemuda itu, dia cuma pernah pergi ke India sekali atas tujuan kerja dan semuanya ditanggung oleh majikan.Banyak sebenarnya lokasi menarik untuk dilawati di dalam Malaysia. -Gambar hiasan AI"Normal ke umur dah 27 tahun tapi tak pernah pergi luar negara? Kalau suruh naik flight pun aku tak reti mana nak beli tiket, mana nak boarding."Ada sekali je aku pernah pergi India, itu pun sebab syarikat hantar pergi training. Semua syarikat yang uruskan, dari flight, sampailah ke hotel. "Masa tu ada rakan sekerja ikut sekali. Rasa membazir je buat pasport tapi tak guna," kongsi pemuda itu.Pemuda dedah tak pernah melancong sendiri ke luar negara walau sudah berusia 27 tahun.Dia hanya pernah ke India sekali untuk bekerja justeru urusan di sana serta kos ditanggung majikan.Disebabkan tak pernah melancong, pemuda itu mampu menyimpan wang hampir RM100,000.Netizen beri nasihat agar orang ramai tak banding kemampuan masing-masing.Ringkasan ini dijana oleh AIDalam hantaran sama, pemuda itu berkata dia mampu mengumpul wang simpanan kerana tidak pernah menggunakannya untuk pergi bercuti di luar negara."Disebabkan aku tak reti melancong semua ni, aku mampu untuk simpan sehingga hampir RM100,000 pada usia 26 tahun yang mana aku rasa ia sesuatu yang bagus," ujarnya.Di ruangan komen, warga Thread memberi nasihat agar orang ramai tidak membandingkan kemampuan masing-masing untuk melancong.Menurut pelayar Thread lagi, wujud golongan berpendapatan tinggi, namun jarang ke luar negara kerana tidak minat untuk melancong.ARTIKEL BERKAITAN: Jurutera kongsi pengalaman 'pusing' Eropah 40 tahun lalu, saran orang muda keluar mengembara lihat duniaARTIKEL BERKAITAN: Suami suruh isteri buka tudung, dedah tubuh untuk tayangan umum ketika melancong - “Luar Malaysia orang tak kenal”"Normal je. Penerbangan pertama suami saya pun masa dia berumur dia 28 tahun. "Ada orang simpanannya level T20, tapi tak pernah melancong. Ada orang suka travel, tapi simpanannya level B40."Ini memang normal. Saya ada kawan yang pakai barang mewah tapi dia tak travel pun. Atas minat masing-masing."Rasanya normal je. Tengok gaya hidup dan minat masing-masing," antara komen netizen.