PERINTAH untuk menutup aurat adalah wajib ke atas setiap Muslim, tidak kira lelaki mahupun perempuan.Di aplikasi X, seorang wanita meraih perhatian apabila mendakwa suaminya meminta dia membuka tudung ketika mereka bercuti di luar negara nanti. Pengadu meminta pendapat orang ramai berhubung permintaan suaminya memandangkan dia merupakan wanita yang bertudung.Umat Islam perlu menjaga aurat walau di mana jua mereka berada. -Gambar hiasan"Nak minta pendapat tentang suami aku, dia request untuk aku pakai seksi-seksi sewaktu bercuti di luar negara nanti."Kiranya berpakaian seksi di tempat awam. Padahal aku jenis bertudung. Macam mana ya?" tulis wanita itu.Tambah pengadu, dia kini berada dalam keadaan dilema kerana tersepit antara arahan suami serta tuntutan agama.Seorang suami meminta isterinya berpakaian seksi ketika bercuti di luar negara.Isterinya ragu-ragu untuk memenuhi permintaan kerana dia merupakan seorang yang bertudung.Suaminya memberikan alasan tiada sesiapa mengenali mereka di luar negara.Netizen beri nasihat supaya wanita itu tidak menuruti perintah suaminya.Ringkasan ini dijana oleh AI"Kat luar Malaysia tak ada orang kenal. Tapi tak dosa ke sebab tidak tutup aurat? Kalau kita tak patuh, tak berdosa ke?"Aku meminta nasihat sebab aku lemah bab macam ni, tapi masih fikir jugalah kalau tak betul," tulisnya lagi.Di ruangan komen, pelayar X menyelar suami wanita itu yang disifatkan jahil dalam hukum agama.ARTIKEL BERKAITAN: Tak rasa budak kecil berhijab comel, wanita tegur mak ayah paksa anak tutup aurat... Risau tudung ‘terbang’ apabila dewasaARTIKEL BERKAITAN: Wanita berpurdah mengaku suka tenung gadis cantik, 'free hair'... Beli baju lawa-lawa tapi cuma pakai di rumahPada masa sama, netizen memberi nasihat kepada wanita itu agar tidak menggadaikan maruah demi kepentingan nafsu suaminya."Antara suami dan perintah agama, perintah agama nombor satu. Jangan sesekali 'jual' agama dan ikut suami yang mengajak ke neraka."Kesian kamu dapat suami dayus, nak bagi orang tengok aurat bini. Kamu kena taat Allah dulu, baru taat suami," tulis beberapa pelayar X memberi nasihat dan peringatan.