suria

Lepas selesai membeli, isteri kena angkat sendiri barang dapur... Suami berlagak ‘raja’ hanya duduk dalam kereta nikmati ‘aircond’

Suami isteri perlu saling membantu dalam menguruskan keluarga. -Gambar hiasan AI

DALAM sesesebuah rumah tangga, suami isteri perlu berganding bahu serta berkongsi tanggungjawab demi meringankan beban bersama.

Namun, seorang wanita di Thread meluahkan kekecewaan apabila dia dibiarkan terkontang-kanting tanpa pertolongan suaminya.

Dalam hantaran itu, dia mendakwa terpaksa mengangkat barang-barang yang baru dibeli sendirian sementara suaminya hanya menunggu di dalam kereta.

Peoples was seen using the single use plastic bags while buying groceries at Pasar Moden Seksyen 6 in Shah Alam yesterday. — IZZRAFIQ ALIAS/The Star

Hal berkaitan dapur biasanya diuruskan oleh isteri. -Gambar hiasan

"Sumpah aku penat nak hadap suami macam ni. Aku beli barang dapur, dia tunggu dalam kereta. Aku bawa barang banyak-banyak, dia santai je dalam kereta. 

"Aku minta tolong turun buka pintu, dia boleh cakap malas. Sakit hati aku. Lepas tu, masuk dalam kereta, dia cakap... beli banyak-banyak nak tunjuk kat siapa?

"Aku beli barang dapur yang habis dekat rumah, kau juga yang nak melantak. Sakit hati betul dapat suami macam ni," luah wanita itu.

  • Wanita kongsi cerita di Thread tentang perangai suaminya yang pemalas.
  • Dia bukan sahaja pergi membeli sendirian, malah tidak dibantu untuk mengangkat barang.
  • Suaminya pula hanya menunggu di dalam kereta sambil bersantai dan bermain telefon.
  • Ramai netizen beri nasihat kepada wanita itu agar bangkit mempertahankan dirinya.

Di ruangan komen, seorang individu berkata ibunya juga berdepan situasi sama sepanjang perkahwinan dengan arwah bapanya.

"Arwah abah aku sejenis begini dulu. Arwah mak cakap apabila dia ke pasar, abah tunggu dalam kereta je. Apabila mak lambat, dia tekan hon sampai satu pasar boleh dengar.

"Lelaki macam ni memang ada. Tapi perkahwinan ini tentang toleransi. Abah memang tak sempurna. Dia panas baran tapi abah setia dan bagus dalam hal-hal lain.

"Mereka kekal hingga abah meninggal. Allah je yang faham kesabaran mak aku," tulis individu itu pula.

ARTIKEL BERKAITAN: Suami pemalas, pengotor cuma akan mandi jika bersama isteri! Gosok gigi seminggu sekali, tak cuci rambut

ARTIKEL BERKAITAN: Suami malas kerja, isteri asyik kena gadai emas 'cover' komitmen bulanan! Ramai suruh cerai sebelum ada anak dengan biawak hidup

Namun, rata-rata netizen tetap menasihati wanita itu agar tidak membiarkan dirinya terus dibuli dalam rumah tangga.

"Sebab kau tak melawan, kebodohan dia makin pekat. Nanti kau makin penat. Mak ayah gagal didik anak jantan, kau sebagai isteri kena didik dia balik supaya tak makin bodoh.

"Tak payah beli (barang dapur) kalau nak bising-bising. Lepas ni tak payah masak, makan luar je. Complaint je banyak, menolongnya tidak.

"Jadi kenapa tak cerai lagi, untuk apa simpan lelaki jenis kayu buruk?" tulis beberapa netizen.

Artikel Lain