Setiap ibu bapa perlu memberi penjelasan dan kefahaman tentang aurat pada anak perempuan. -Gambar hiasan AI
KEBANYAKAN ibu bapa berpegang teguh pada prinsip 'melentur buluh biarlah daripada rebungnya'.Bagi mereka, didikan awal khususnya dalam aspek keagamaan dapat membantu anak-anak mempunyai pegangan hidup serta memahami ajaran Islam yang sebenar. Maka tidak hairanlah apabila terdapat ibu bapa yang mengenakan pakaian menutup aurat termasuk berhijab meskipun anak perempuan masih kecil.Anak-anak perlu diberi fahaman jelas mengenai aurat. -Gambar hiasan AIMenzahirkan pandangan berbeza, seorang pengguna Thread ini beranggapan tindakan tersebut adalah tidak wajar."Mungkin juga ada yang kata aku ni menuju neraka."Tapi pada aku, memaksa anak yang belum akil baligh memakai baju menutup aurat sepenuhnya adalah tidak betul," ujarnya.ARTIKEL BERKAITAN: Wanita tak setuju mak ayah paksa anak berhijab sejak kecil - "Banyak kes bila sampai KL tudung terbang"ARTIKEL BERKAITAN: Pakai pinafore masuk neraka, baju kurung baru Islam! Wanita terkejut murid darjah 1 dah toksik, celupar kalah dewasaMalah wanita ini turut mempertikaikan keselesaan kanak-kanak yang terpaksa mengenakan pakaian sedemikian demi menuruti kemahuan ibu bapa."Ada fikir tak dia selesa atau tidak selesa," tambahnya.Ibu bapa biasakan anak tutup aurat sejak kecil.Wanita di Thread anggap ia tak wajar dipaksa.Persoal keselesaan kanak-kanak belum akil baligh.Ramai netizen setuju beri ruang anak membesar.Ada kata didik perlahan, bukan paksa dari kecil.Ringkasan ini dijana oleh AIPandangan yang dilontarkan wanita ini mengundang reaksi bercampur baur daripada warga maya.Rata-ratanya bersetuju kerana kanak-kanak perlu diberi ruang untuk bermain dan membesar dengan selesa.Reaksi netizen."Lepas tu nanti apabila besar jadi culture shock, mula buka tudung. Sebabnya tak puas atau tak pernah jadi diri sendiri."Kalau bawah tujuh tahun memang aku setuju, tapi kalau dah lebih usia tu... kena ajarlah pelan-pelan."Setakat nak bagi anak nampak comel bertudung sekali sekala, okay je."Mereka yang paksa anak pakai tudung sejak kecillah yang menghasilkan perempuan dewasa yang tak faham kenapa perlu bertudung dan tutup aurat," demikian reaksi netizen.