suria

Ibu letih mental, emosi hadap sikap anak... Berkurung di bilik tanpa sebab, ponteng tuisyen SPM - "Kita tercongok tunggu dia makan"

Ibu bapa berdepan cabaran memahami karenah anak-anak terutamanya yang sedang meningkat dewasa. -Gambar hiasan AI

CABARAN membesarkan anak remaja sering menjadi ujian emosi buat ibu bapa.

Itulah yang dirasai wanita ini yang meluahkan rasa sedih dan runsing terhadap perubahan sikap anak remajanya secara tiba-tiba.

Dia yang tidak mendedahkan identiti diri berkata, anaknya yang bakal menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) pada tahun ini memilih untuk memerap di bilik selama berjam-jam tanpa melakukan apa-apa, sekali gus membuatkan dirinya sebagai ibu buntu.   

ARTIKEL BERKAITAN: Anak degil, lebih dengar cakap ipar sebab dimanjakan... Wanita sedih peranan seorang ibu ‘hilang’ di rumah sendiri

ARTIKEL BERKAITAN: Geram anak-anak degil waktu buka puasa, ibu ‘burnout’ tinggalkan meja makan! Luah rasa gagal, minta maaf pada suami

"Allah... Rasa sedih dan risau dengan anak remaja yang nak ambil peperiksaan SPM tahun ni.

"Balik rumah tengah hari tadi pukul 1.30, tak makan tak apa terus naik bilik. Kita tercongok dekat bawah sampai pukul 8 malam tunggu dia nak makan.

"Tadi ketuk tengok bilik gelap je. Solat tidak, mandi tidak. Padahal ada tuisyen online pukul 8 malam," tulisnya dalam hantaran di laman Thread. 

Faktor sekeliling menjadi penyumbang seseorang berada dalam tekanan. -Gambar hiasan AI

Wanita itu mengakui mengalami keletihan emosi dan mental apabila usaha serta pengorbanan yang dilakukan untuk melihat anaknya berjaya seolah-olah tidak dihargai.

Tambah wanita berkenaan lagi, perubahan sikap anaknya itu menimbulkan kebimbangan memandangkan dia sedang melalui fasa penting dalam menentukan hala tuju hidupnya. 

  • Seorang ibu rasa sedih dan runsing dengan perubahan sikap anak remajanya.

  • Anak bakal ambil SPM itu kerap berkurung di bilik, tidak makan dan abaikan tuisyen.

  • Wanita itu keletihan emosi kerana pengorbanannya seolah tidak dihargai.

  • Perubahan sikap anak menimbulkan kebimbangan tentang masa depan remaja tersebut.

  • Warga maya nasihatkan wanita itu bercakap terbuka dengan anak dan dapatkan kaunselor jika perlu.

"Penat nak tunggu. Penat nak fikir. Penat bagi semua kemudahan. Penat bayar itu ini. 

"Tapi tak pandai nak hargai, ada rasa tanggungjawab, rasa bersalah," luahnya lagi.

Di ruangan komen, rata-rata warga maya tampil memberikan semangat dan sokongan moral kepada wanita tersebut.

Malah, mereka turut menyarankan agar dia cuba berkomunikasi secara terbuka dengan anaknya bagi memahami punca sebenar perubahan sikap, selain mendapatkan pandangan kaunselor atau guru sekiranya perlu.

Artikel Lain

Ben Amir kini sah bergelar suami