suria

Rezeki bunting pelamin, serba salah nak kongsi berita gembira dengan famili... Risau kakak ipar TTC terasa hati

Berita kehamilan akan disambut dengan penuh kesyukuran dan keterujaan oleh ahli keluarga. -Gambar hiasan AI

BERKONGSI berita kehamilan dengan ahli keluarga dan orang terdekat menjadi momen manis buat mereka yang bergelar pasangan suami isteri.

Namun di Thread, seorang wanita mengakui  berasa berat hati untuk berkongsi khabar gembira itu kerana bimbang akan melukakan hati kakak iparnya.

"Saya baru kahwin. Alhamdulillah, rezeki bunting pelamin. Dan suami saya ada kakak yang TTC (trying to conceive) tiga tahun lebih.

Ramai wanita sanggup menanti bertahun-tahun sebelum dikurniakan zuriat. -Gambar hiasan AI

"Untuk saya buat kejutan dekat mak mentua dengan ipar, macam tak sampai hati. Saya dengan suami fikir macam mana nak beritahu keluarga suami yang saya hamil?

"Keluarga dia (suami) baik, kakak dia sangat baik. Saya tak sampai hati nak maklumkan, takut dia terasa hati," luah wanita itu.

Di ruangan komen, seorang wanita yang pernah berdepan situasi sama menasihati wanita itu agar bersikap jujur sahaja dengan kakak iparnya.

  • Wanita bunting pelamin bimbang untuk umum berita kehamilan dengan keluarga mentua.
  • Dia risau kakak iparnya yang sedang TTC akan berkecil hati dengannya.
  • Wanita itu berkata kakak iparnya sudah tiga tahun menanti kehadiran zuriat.
  • Dia juga serba salah kerana kakak iparnya merupakan wanita yang baik.

"Kes macam saya. Kakak ipar TTC lima tahun. Masa tu saya beritahu mentua dulu yang saya hamil. Kemudian baru cakap dekat kakak ipar secara personal.

"Alhamdulillah, dia boleh terima. Dia pun gembira untuk kita. Tak lama lepas tu, dalam empat bulan, dia pun mengandung.

"Jadi, janganlah takut untuk beritahu. Kalau tak cakap, lagi dia terasa. Doa baik-baik je untuk dia," kongsi wanita itu pula.

ARTIKEL BERKAITAN: Gadis terlanjur kongsi gambar perut, kapsyen nak gugur kandungan... Wanita TTC paling ramai mahu selamatkan bayi

ARTIKEL BERKAITAN: Wanita TTC rimas kawan terlebih prihatin, sibuk kongsi tip supaya ‘lekat’... Macamlah diri sendiri tiada 'effort' untuk hamil

Beberapa lagi netizen yang lain turut meninggalkan komen berbentuk nasihat buat wanita itu.

"Sebaiknya jika baru mengandung, rahsiakan dulu. Sebab risau terkena penyakit ain. Tak semua kegembiraan kita menjadi kegembiraan untuk orang lain.

"Umum nanti bila kandungan dah besar sikit, macam bulan keempat atau lima. Awal-awal ni jaga mental dan fizikal kita dulu," saran netizen lagi.

Artikel Lain

Ben Amir kini sah bergelar suami